Gejala tanda kanser prostat yang dialami menyebabkan seorang lelaki warga emas terpaksa membalut zakarnya dengan tuala setiap kali ingin menunaikan solat fardu setiap hari.
Pesara arkitek, yang ingin dikenali sebagai Ariffin Husin, 64, memberitahu setiap kali ingin menunaikan solat di masjid beliau terpaksa membalut hujung zakarnya bagi mengelakkan air kencing bersentuhan dengan kain yang dipakai.
”Air kencing selalu keluar, kadang tak terasa dia keluar. Sedar-sedar kain dah basah. Amat rungsing, bimbang takut ada kanser prostat”, ujarnya yang hampir setahun mengalami keadaan sedemikian.
Manakala sebelah malamnya pula hampir setiap dua jam dia terpaksa bangun dari tidur untuk buang air kencing. Beliau mula mengalami tanda-tanda kanser prostat itu pada awal tahun 2021.
”Saya mengalami masalah tidak cukup tidur, tubuh mula susut dan fikiran pun mula terganggu”, ujarnya yang menetap di Subang Jaya, Selangor.
KANSER PROSTAT IBADAH TIDAK SEMPURNA
Kadang-kadang dia terpaksa berhenti ketika sedang solat semata-mata untuk ke tandas kerana tidak dapat mengawal rasa hendak terkencing.
Beliau sungguh kesal dengan apa yang berlaku, maklumlah sebagai seorang Islam dia merasakan segala amal ibadah yang dilakukan tidak sempurna, ujarnya lagi.
”Keadaan menjadi semakin teruk bila air kencing menitik tanpa disedari, habiskan kain sarung basah semasa sembahyang”, katanya dengan nada sedih.
KANSER PROSTAT BALUT DENGAN TUALA
Akhirnya Ariffin mengambil keputusan membalut hujung zakarnya dengan cebisan kain tuala setebal yang mungkin sebagai jalan penyelesaian kepada tanda kanser prostat yang dialami itu.
”Saya lakukan setiap kali masuk waktu solat sebelum ke masjid yang terletak berhampiran rumah, balik rumah terpaksa buka ikatan dan bersihkannya”, katanya.
Itulah rutin harian yang terpaksa dilalui oleh Ariffin selama beberapa bulan disamping pelbagai rawatan yang diterima daripada doktor pakar bagi mengurangkan simpton yang dialami.
Salah seorang rakannya mencadangkan agar berjumpa pakar perubatan bagi merawat tanda kanser prostat yang dihidapi.
Ekoran daripada itu, Ariffin menerima rawatan di salah sebuah hospital pakar berhampiran dengan kediamannya bagi menghilangkan tanda gejala kanser prostat yang dialami.

Berdasarkan khidmat nasihat yang diberikan oleh pakar perubatan, pembuangan air kencing pula semakin lawas walaupun kekerapan harian melebihi 10 kali.
Apa yang mengejutkan beliau tanda-tanda kanser prostat yang dialami telah berkurangan sebanyak 60 peratus.
”Sekarang kencing dah boleh kawal, dah boleh atur untuk kencing kadang-kadang satu jam sekali, kadang-kadang dua jam sekali. Dah tak balut tuala”, ujarnya lagi dengan penuh kegembiraan.
KANSER PROSTAT 90 PERATUS SEMBUH
Selepas mendapat rawatan selama dua bulan, Ariffin memberitahu sekarang beliau bertambah sihat, gejala yang dialami sekarang semakin berkurangan.
”90 peratus dah tiada, Dia izinkan permintaan saya untuk sembuh daripada sakit ini. Terima kasih atas khidmat nasihat yang diberi”, ujarnya dengan penuh rasa syukur.
Pada 14 Mac, beliau memberiathu kesihatanya bertambah baik dengan kesembuhan telah mencapai ke tahap 99 peratus daripada gejala kanser prostat.
KANSER PROSTAT, TUNAI IBADAH HAJI
Para cendiakawan selalu berpesan kesihatan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit, maka hargailah ia dengan menjaga kesihatan dengan baik. Ianya merupakan anugerah Tuhan yang tiada nilainya dalam kehidupan seseorang.
Oleh itu bagi menzahirkan rasa syukur di atas kesembuhannya dari gejala kanser prostat, Ariffin telah berangkat menunaikan ibadah haji bersama isteri tercinta pada 4 Julai, 2022.
”Syukur Alhamdulillah atas kurniaan kesihatan yang semakin baik Allah kurniakan kepada saya. Tak dapat nak gambarkan bagaimana gembiranya bila sihat seperti ini, lebih mustahak segala masalah gejala kanser prostat yang dihadapi sebelum ni, dah tak ada”, kata beliau dengan penuh kesyukuran.
Untuk menzahirkan rasa penuh kesyukuran, beliau dan isteri sekali lagi berangkat ke Kota Mekah untuk menunaikan ibadah umrah pada 18 Januari, 2023.
KERADANGAN DAN KANSER PROSTAT
Kisah yang dialami oleh Ariffin Husin itu merupakan keradangan prostat yang menyebabkan timbul beberapa gejala yang menganggu kehidupan harian, malah sekiranya langkah awal tidak diambil boleh menjurus kepada kanser prostat.
Oleh itu, lelaki berusia 45 tahun ke atas perlu lebih berhati-hati kerana berisiko untuk mendapat hyperplasia prostat benigna (BPH) atau pembesaran prostat bukan kanser.
Prostat adalah salah satu organ terletak di bawah pundi kencing dan boleh membesar akibat pelbagai faktor termasuk hormon tidak seimbang serta kerana kencing tidak lawas.
Pakar Perunding Bedah Urologi, Prof Datuk Dr Khairul Asri Mohd Ghani, berkata gejala utama BPH adalah sukar membuang air kecil, secara perlahan atau menitis-nitis sekali gus menyebabkan ketidaklawasan.
Katanya, apabila gagal kencing sempurna, ia akan menyebabkan individu itu akan semakin kerap ke tandas kerana pundi kencing tidak dapat menampung air kencing seperti biasa.
Punca utama seseorang kerap ke tandas kerana pundi kencing yang gagal dikosongkan sepenuhnya. Ia menyebabkan prostat membesar dan salur kencing atau uretrea yang melalui prostat terhimpit oleh kelenjar prostat.
Simptom BPH dan kanser prostat adalah sama, mereka yang ada simptom ini perlu mendapatkan rawatan segera dan menjalani ujian darah bagi mengesan jumlah prostate-specific antigen (PSA) untuk mengesahkan terdapat kanser atau tidak.

KANSER PROSTAT DAN ANTI RADANG
Sebagaimana yang dijelaskan tadi, keradangan merupakan salah satu punca menyebabkan prostat membengkak dan menghimpit saluran kencing yang menyebabkan pundi kencing tidak berfungsi seperti biasa.
Keradangan biasanya menyebabkan kesakitan dan menjadi penyebab seseorang itu merasa sakit seperti contoh prostat membengkak, patah tulang atau kanser prostat.
Ianya bukan hanya setakat rasa sakit atau tidak selesa seperti deman, malah boleh menyebabkan keadaan yang lebih serius seperti kanser prostat dan sakit jantung.
Proses penyembuhan selama beberapa bulan yang dilalui oleh Ariffin merupakan tindak balas rawatan anti radang yang diterimanya sebelum gejala tadi merebak menjadi kanser prostat.
Ia memperbetul dan membaiki sistem badan supaya keradangan yang berlaku hilang atau sembuh secara perlahan-lahan.
Sesungguhnya, Allah S.W.T akan menurunkan penawar bagi setiap penyakit yang diturunkan antaranya: Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: Maksudnya: “Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan bersamanya penawar”. [Riwayat al-Bukhari (5678)]
Info lanjut tentang anti radang semula jadi. KLIK DI SINI SEKARANG