‘CONTENT MARKETING’

Kongsi

‘ CONTENT MARKETING’ 4 TAHUN PENGALAMAN

KAMARUZAMAN YAACOB, berumur 58 tahun, mula menceburkan diri dalam penulisan ‘content marketing’ sejak tahun 2018 lagi.

Pada November 2020 mengasaskan ABROZ Digital Marketing bagi membantu usahawa-usahawan dalam mempromosikan produk atau perniagaan mereka melalui penulisan Pemasaran Kandungan atau ‘Content Marketing’.

Mula menceburkan diri dalam bidang penulisan secara profesional apabila menjadi ‘stringer’ fotojournalis dan rencana selama 6 tahun di BERNAMA bermula tahun 2003.

Rencana dan gambar yang dihasilkan banyak diguna pakai oleh akhbar-akhbar tempatan. Sepanjang penglibatan pernah dianugerah gambar liputan peristiwa terbaik bagi bulan Disember, 2004.

Pada 2016 dilantik sebagai Penolong Editor Meja Foto, Perkhidmatan Berita BERNAMA sehingga 2018.

Pada 2019 diberi tanggungjawab sebagai ‘copywriter’ iaitu menulis teks promosi program-program BERNAMA TV di media-media sosial milik stesen TV berkenaan.

Selain itu, laman web dan ‘content marketing’ ibu sambal yang dihasilkan pada 2018 semasa mengikuti pengajian Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial di Irfan Khairi Sdn. Bhd. (IKSB), telah dijadikan sebagai laman web rujukan untuk sesi pembelajaran pelajar-pelajar IKSB yang baharu sampai ke hari ini.

Juga bergiat secara aktif sebagai penulis bebas terutamanya blog perniagaan makanan bertujuan membawa laman web ke muka hadapan enjin carian internet seperti Google dengan menggunakan kaedah SEO. Antaranya blog makanan iaitu MASAK APA SAJA.

Info lanjut klik laman web jualan Halia Hitam untuk mendapat gambaran lebih jelas bagaimana ‘content marketing’ memainkan peranan penting selain daripada imej dalam mepromosikan sesuatu produk atau perniagaan.

Content Marketing

Kongsi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll To Top