KOLESTEROL TINGGI SERANG INDIVIDU UMUR 18 KE ATAS…

Kongsi

Kolesterol Tinggi

Kolesterol tinggi sering dikaitkan dengan tubuh-badan yang gemuk, malah bila bercakap sahaja pasal kolestrol tinggi mata akan menjeling kepada mereka yang berbadan besar dipercayai mempunyai banyak lemak.

Tanggapan sebegini sudah sinonim dan sebati di kalangan masyarakat kita hari ini yang menjadikan bentuk fizkal sebagai kayu pengukurnya.

Oleh hal yang demikian ramai di kalangan kita yang berbadan kecil merasakan diri selamat daripada ancaman kolesterol tinggi, malah ada sesetengah yang langsung tidak ambi peduli.

Seringkali kita terbaca berita tentang individu yang jatuh pengsan ketika bersukan atau beriadah di tempat terbuka ditemui terbaring sudah tidak bernyawa.

Pernahkah kita terfikir, berlakunya insiden seperti itu adalah berpunca daripada kolesterol tinggi yang menyekat saluran darah meyebabkan peredaran darah ke seluruh tubuh menjadi perlahan dan seterusnya kadar oksigen dalam badan berada pada tahap yang rendah.

Kolesterol Tinggi

KOLESTEROL TINGGI – APA ITU KOLESTEROL

Sebelum kita pergi lebih jauh elok difahami apa itu kolesterol? Kolesterol adalah bahan berlemak yang penting untuk badan berfungsi dengan betul.

Ianya bersifat lembut dan berminyak, serta boleh melekat pada dinding salur darah.

Kolesterol biasanya terhasil melalui hati, tetapi ia boleh didapati dalam pelbagai makanan yang berasaskan haiwan seperti daging, telur, produk berasaskan susu dan lain-lain lagi.

Ia adalah sejenis lemak yang ditemukan pada semua sel di dalam tubuh, lemak ini beredar dalam tubuh melalui aliran darah dalam bentuk lipoprotein.

Terdapat dua jenis lipoprotein yang membawa lemak ini ke seluruh tubuh, iaitu High Density Lipoprotein (HDL) yang dikenal sebagai kolesterol baik dan  Low Density Lipoprotein (LDL) yang dikenal sebagai kolesterol jahat.

KOLESTEROL TINGGI – JENIS

1. Kolesterol HDL – HDL dikenali sebagai kolesterol baik dan paras yang tinggi adalah lagi baik. HDL akan membawa kolesterol dari sel-sel badan balik ke hati, yang mana ianya dibuang atau diurai dalam bentuk kumuh.

2. Kolesterol LDL – LDL dikenali sebagai kolesterol buruk. LDL mengangkut kolesterol dari sel-sel melalui saluran darah. Jika terlalu banyak kolesterol diedar dalam saluran darah, ia boleh mendap pada dinding arteri lalu membentuk plak arterosklerotik.

3. Trigliserida – Trigliserida adalah lemak (lipid) yang menyimpan kalori yang tidak diguna dan membekalkan badan dengan tenaga. Apabila tubuh menerima makanan ia akan menukar kalori yang tidak diperlukan kepada trigliserida kumuh.

4. Jumlah Kolesterol – Jumlah kolesterol adalah jumlah Kolesterol HDL, LDL dan 20 peratus daripada trigliserida.

Kolesterol Tinggi
Indikasi paras bacaan kolesterol tinggi.

KOLESTEROL TINGGI PEMBUNUH SENYAP

Paras kolesterol tinggi dalam badan boleh menjejaskan kesihatan dan  menjadi pembunuh senyap tanpa menunjukkan tanda-tanda untuk tempoh yang berpanjangan.

Oleh itu, mereka yang berumur 20 tahun dan ke atas perlu menjalani pemeriksaan untuk mengetahui tahap kolesterol dan harus menjalani pemeriksaan sekali pada setiap lima tahun.

Kebanyakan mereka yang mempunyai tahap kolesterol tinggi tidak menunjukkan tanda-tanda, jadi ramai yang tidak sedar bahawa kandungan kolesterol mereka terlalu tinggi. 

Menurut Tinjauan Kebangsan Kesihatan dan Morbiditi 2015, 47.7 peratus bersamaan 9.6 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas menghadapi masalah kolesterol tinggi.

Manakala di seluruh dunia pula terutama di negara-negara maju dan membangun, gejala kolesterol tinggi merupakan penyebab utama kepada kematian akibat penyakit berkaitan dengannya.

KOLESTEROL TINGGI – RISIKO STROK ISKEMIK

 

Kolesterol Tinggi
Kolesterol tinggi berisiko mengundang pemendapan plak pada dinding arteri.

Kolesterol tinggi menjadi punca utama kepada serangan jantung, ianya merupakan  faktor utama kepada apa yang dikenali sebagai strok iskemik. 

Pengumpulan kolesterol yang berlebihan lama kelamaan membuatkan salur darah tersumbat yang boleh menyebabkan serangan jantung.

Gejala utama strok jenis ini ialah bekalan darah ke bahagian tertentu di otak terputus disebabkan darah beku yang menghalang pembuluh darah. 

Bekalan darah tersekat ini boleh berlaku di mana jua iaitu dari jantung sehingga ke sepanjang laluan arteri dan seterusnya ke otak. Sebagai contoh, kolesterol tinggi boleh menyebabkan mendapan bahan lemak (atherosclerosis) untuk berkembang di dalam arteri karotid (yang membekalkan darah ke bahagian kepala), sekaligus mengurangkan aliran darah ke tahap titisan atau terhenti sepenuhnya.

Keadaan ini amat serius memandangkan setiap arteri karotid selalunya membekalkan sebahagian besar bekalan darah ke otak.

Bahan lemak boleh juga terputus daripada dinding sesebuah arteri karotid, yang dibawa bersama-sama darah, dan menyebabkan ia tersekat dalam arteri yang lebih kecil, seterusnya menghalang arteri sepenuhnya. 

Darah beku boleh juga tercetus, terputus dan dibawa dari ruang di jantung untuk menghalang arteri di otak.

Penyakit jantung Iskemik kekal sebagai punca utama kematian di Malaysia sejak sepuluh tahun lalu. Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan bahawa jumlah kematian akibat penyakit jantung Iskemik pada 2014 ialah yang tertinggi iaitu pada 13.5 peratus berpunca daripada kolesterol tinggi.

Kolesterol Tinggi
Halia hitam baik untuk mengawal kolesterol tinggi.

KOLESTEROL TINGGI – ANTIOKSIDA

Tokoh perubatan terkemuka Amerika Syarikat, Dr Ferid Murad, dalam kajianya selama 15 tahun  mendapati penghasilan nitrik oksida boleh dioptimumkan dengan kombinasi bahan antioksida secara spesifik berupaya meningkatkan kesihatan.

Beliau yang juga penerima Anugerah Nobel Psikologi dan Perubatan 1998, mendapati asid amino membebaskan nitrik oksida yang mendorong proses pengembangan diameter salur darah kesan daripada kolesterol tinggi.

Oleh itu jelas sekali bahawa sumber semula jadi berasaskan tumbuh-tumbuhan dan herba wajar dimanfaatkan sebagai bahan asas menghasilkan makanan kesihatan tambahan dalam rawatan alternatif kolesterol tinggi.

Antara herba semula jadi yang kaya dengan antioksida ialah halia hitam yang banyak tumbuh di Asia Tenggara dan ditanam secara komersial di kawasan tanah tinggi di Thailand, Kemboja dan Vietnam. Halia hitam atau Kaempferia parviflora kaya dengan 5,7  dimetoksiiflavon, selenium dan antioksida.

Antioksida bertindak menghasilkan asid amino yang berperanan mengeluarkan protin-protin kecil bagi menjana sel-sel baru yang mampu meneutralkan kolesterol jahat (LDL) seperti lemak dan minyak yang berisiko mendap pada arteri, serta merupakan risiko kepada kolesterol tinggi.

KOLESTEROL TINGGI – NITRIK OKSIDA

 

Kolesterol Tinggi
Laporan jurnal perubatan halia hitam mengandungi nitrik oksida yang boleh kawal kolesterol tinggi

Selain itu, Laporan Jurnal Perubatan yang dikeluarkan 2007 mendapati halia hitam tinggi bahan aktif nitrik oksida yang berfungsi sebagai vasidolatasi yang berperanan melonggarkan otot dalam saluran darah.

Apabila ini berlaku, lebih banyak darah dapat mengalir dan seterusnya membekalkannya kepada organ-organ lain di seluruh tubuh, serta mangatasi masalah kolesterol tinggi.

Pengaliran darah yang lancar ini juga bertindak membuang toksid, kolestrol tinggi, menghakis enapan pada saluran darah dan seterusnya melancarkan lagi perjalanannya.

Kesan daripada itu oksigen dapat masuk ke semua bahagian badan termasuk otak. Ianya juga akan memulihkan sistem saraf yang panjangnya dua setengah (2 ½) kali lilitan bumi yang terdapat dalam tubuh manusia dan seterusnya mampu merawat kolesterol tinggi.

Penyakit-penyakit lain akibat kekurangan Nitrik Oksida  termasuk hipertensi, strok, aterosklerosis, serangan jantung, diabetes, penyakit Alzheimer, ulser gastrousus dan disfungsi ereksi.

Endotelium vaskular yang sihat penting untuk sistem kardiovaskular yang sihat kerana ia diperlukan untuk pengeluaran dan tindakan biasa Nitrik Oksida.

Kolesterol Tinggi
Laporan jurnal perubatan halia hitam mengandungi nitrik oksida yang boleh kawal kolesterol tinggi

Sesungguhnya, Allah S.W.T akan menurunkan penawar bagi setiap penyakit yang diturunkan antaranya: Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: Maksudnya: “Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan bersamanya penawar”. [Riwayat al-Bukhari (5678)]


Info lanjut tentang produk ekstrak halia hitam sebagai makanan alternatif kepada kolesterol tinggi. KLIK DI SINI SEKARANG


 

Kongsi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll To Top