SEMBELIT TERUK PULIH DALAM 7 HARI…

Kongsi

Sembelit
Gara-gara sembelit tubuh akan menjadi tegang sehingga menjadi tidak selesa dan mungkin menjejaskan sistem saraf pada badan untuk jangka panjang.

Pernahkan ketika memandu perut anda meragam dan terasa ingin mengeluarkan air besar.

Anda terpaksa menahannya untuk mencari hentian di hadapan, kadang-kadang sampai 30 minit.

Seluruh badan anda terutama bahagian pinggang ke bawah merasa lenguh-lenguh otot terutama pada kedua-dua belah kaki sama seperti gejala sembelit.

Ini baharu 30 minit, bayangkan bagaimana sekiranya orang yang mengidap sembelit tidak dapat buang air besar berhari-hari malah ada yang sampai berminggu-minggu.

APA ITU SEMBELIT?

Sembelit merupakan suatu keadaan pengosongan usus yang jarang berlaku, najis atau tinja (feses) adalah keras dan kecil atau perkumuhan feses menjadi sukar.

Ia mungkin mengakibatkan kesakitan dan jika keadaan serius, boleh mengakibatkan tanda-tanda usus yang tersumbat.

Bagi kes yang biasa, bahan buangan adalah keras dan sukar untuk dikeluarkan.

Meneran mungkin akan menyebabkan hemoroid (buasir) dan fisur anus (perekahan kulit dubur).

Obstipation merujuk kepada penyakit sembelit yang serius. Ianya terjadi mungkin disebabkan oleh cara pemakanan, perubahan hormon, kesan sampingan dari ubat dan perubahan struktur badan manusia.

TANDA-TANDA SEMBELIT

Bahagian abdomen mungkin membengkak, rasa ketegangan dan kadangkala bunyi pergerakan usus yang kuat dari biasa boleh kedengaran merupakan tandanya.

Ramai yang berfikir bahawa adalah perlu bagi seseorang itu melakukan perkumuhan usus (membuang air besar) setiap hari.

Namun begitu, ia adalah normal jika seseorang itu membuang air besar sebanyak sekali dalam seminggu kerana ini tidak akan menyebabkan sebarang tanda. Ini bergantung kepada tabiat pemakanan, senaman dan lain-lain faktor.

Kes-kes serius (impaksi feses) mungkin akan memperlihatkan tanda-tanda usus tersumbat (muntah) dan cirit-birit paradoksikal di mana bahan buangan yang cair dari usus kecil melepasi bahan terimpak di dalam kolon dan keluar dari dubur.

Sembelit di kalangan kanak-kanak boleh mengakibatkan najis terkeluar dengan tidak terkawal (enuresis; perkumuhan air kencing secara tidak sengaja terutama tilam basah pada waktu malam dan enkopresis;inkontinens feses. Istilah ini digunakan untuk kekotoran feses berkaitan dengan gangguan psikiatrik)

PUNCA SEMBELIT

Sembelit
Makanan yang kayat dengan serat dan fiber

Keterangan oleh pesakit mengenai gejala-gejala pesakit membolehkan diagnosis dibuat. Dari aspek tabiat pemakanan, didapati mereka yang mengalami sembelit disebabkan oleh kekurangan dalam pengambilan makanan yang mengandungi fiber atau cecair.

Sembelit yang disebabkan oleh kekurangan pergerakan mungkin terjadi di kalangan orang dewasa.

Kesan dari pengambilan ubat-ubatan juga boleh mengakibatkan sembelit (antidepresan dan opiat). Tanda-tanda yang menunjukkan hipotiroidisme jarang ditemui.

Semasa pemeriksaan fizikal, sibalum iaitu seketul atau sekelompok najis yang ketara mungkin dapat dikesan.

Pemeriksaan rektal (dubur) dapat memberikan gambaran ton sfinkter anal (gelang otot sekeliling dubur) dan sama ada rektum – bahagian akhir usus besar mempunyai sebarang najis.

Jika ini berlaku, supositori atau enema mungkin boleh dipertimbangkan dan pengambilan ubat secara oral (ditelan) mungkin perlu kepada pesakit.

Pemeriksaan rektal juga dapat memberikan maklumat mengenai konsistensi najis, kehadiran hemoroid dan kebarangkalian wujud sebarang tumor (ketumbuhan).

Pemeriksaan sinar-X di bahagian abdomen, yang dilakukan ke atas pesakit mungkin menunjukkan kehadiran feses terimpak di dalam kolon dan seterusnya dapat memastikan faktor-faktor lain yang mempunyai tanda-tanda yang sama.

CARA MENGATASI SEMBELIT

Sembelit boleh dirawat dengan perubahan cara pemakanan (menambahkan fiber dalam makanan), pengambilan ubat pelawas atau laksatif (julap), enema dan pembedahan.

Bagi mereka yang tidak mengalami sebarang masalah perubatan, campur tangan utama ialah penambahan kandungan cecair (terutamanya air) dan makanan yang berasaskan fiber.

Peningkatan makanan berasaskan fiber boleh dilakukan dengan menambah pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan, roti yang tinggi serat dan biji rami dalam pemakanan.

Amalan pengambilan ubat pelawas secara rutin tidak digalakkan kerana ini akan menyebabkan usus bergantung penuh kepada penggunaan pelawas.

Menurutnya, pelawas mungkin penting bagi mereka yang mempunyai gangguan tabiat pemakanan yang tidak efektif dan sesuai.

Penggunaan perangsang pelawas (seperti sena) perlu dihindari kerana ia akan memburukkan lagi masalah kekejangan yang selalu dialami ketika sembelit.

Dalam keadaan yang berbeza (seperti penggunaan codeine atau morfin), penggabungan penghidratan (seperti laktulosa atau glikols), bulk-forming (seperti psyllium) dan agen stimulasi adalah diperlukan untu pesakit.

UBAT SEMBELIT DEWASA

Produk-produk ini boleh didapati di kaunter secara meluas. Enema dan klister selalunya diberikan kepada pesakit yang  serius, merbahaya atau anti pelawas.

Sorbitol, gliserin dan supositori minyak arakis digunakan. Kes yang lebih serius memerlukan larutan fosfat sebagai enema.

Sembelit yang tidak dapat dirawat melalui rawatan-rawatan di atas memerlukan campur tangan fizikal.

Disimpaksi secara manual (pembuangan feses terimpak) dilakukan dengan bantuan sedasi atau anestatik am (pembiusan menyeluruh) – bagi menahan kesakitan dan melonggarkan sfinkter anal.

SEMBELIT TERUK

Realitinya adalah lebih mudah untuk mencegah dari mengubati sembelit yang boleh mengundang kepada penyakit kanser usus.

Cara untuk melegakannya dengan penggunaan agen osmosis seperti laktulosa, Politeleneglikol (PEG) atau garam magnesium perlu dituruti dengan pencegahan seperti penambahan kandungan fiber dalam diet (buah-buahan dan sayur-sayuran) dan pengurangan dos pelawas osmosis bagi setiap malam.

Melalui penggunaan narkotik yang berterusan, contohnya, pengambilan dos agen osmosis setiap malam boleh dilakukan selamanya (jika tidak membahayakan) untuk menghasilkan perkumuhan usus.

Bagi yang terjadi akibat penyakit usus besar yang menyempitkan saluran najis seperti kanser usus ataupun hernia, maka rawatannya adalah pembedahan.

Oleh itu, bagi pesakit yang mengalami sembelit teruk berpanjangan yang tidak sembuh setelah menjalani pelbagai rawatan, maka haruslah pesakit dirujuk kepada pakar bedah untuk ujian lanjutan bagi mencari puncanya.

MAKANAN UNTUK SEMBELIT

 

Sembelit
Ladang halia hitam di Wilayah Phetchabun, Utara Thailand

Dalam perubatan alternatif dan tradisional, pengairan berkolon, enema, senaman, diet dan herba digunakan dalam mengubatinya.

Antara herba yang telah digunakan sejak ribuan tahun dahulu bagi merawat sembelit dan sakit dalam perut ialah halia hitam.

Halia hitam atau nama saintifiknya Kaempferia parviflora kaya dengan 5,7  dimetoksiiflavon, selenium dan antioksida. Ianya tumbuh dengan subur di Asia Tenggara terutamanya di kawasan berketinggian lebih 500 meter dari paras laut.

Kepesatan teknologi moden dengan terciptanya pelbagai mesin yang canggih menyebabkan ianya telah diekstrak dalam bentuk pati halia hitam yang berkualiti tinggi.

Antaranya ialah ekstrak sepuluh nisbah satu (10:1) di mana kandungan bahan aktif tersebut mengandungi 2.26 peratus iaitu melebihi yang diperlukan oleh badan sebanyak 1.26 peratus untuk melawan, merawat dan mencegah pelbagai penyakit termasuk sembelit.

Sembelit
Ekstrak halia hitam 10 nisbah 1

ANTI OKSIDA

Menurut kajian para saintis, masih terdapat 6 hingga 4535 gram najis masih berlonggok dalam usus walaupun tubuh membuang air besar secara normal setiap hari.

Tidak semua najis keluar dalam satu masa dan menyebabkan berlaku longgokan najis lama dan bahan kumuh dalam usus besar yang berisiko menjadi keras dan mengundang masalah sembelit.

Lama kelamaan ianya bertukar menjadi toksin dan punca kepada 90 peratus pelbagai masalah kesihatan.

Halia hitam adalah tinggi antioksida di mana ia bertindak menghasilkan asid amino yang berperanan mengeluarkan protin-protin kecil bagi menjana sel-sel baru yang bertindak menyingkirkan toksid dalam badan dan usus yang menyebabkan sembelit.

Ianya juga bertindak melawaskan pembuangan air besar, melegakan sembelit dan merawat parasit usus.

RAWAT KETEGANGAN

 

Sembelit
Laporan jurnal perubatan halia hitam tinggi bahan aktif nitrik oksida

Selain itu, Laporan Jurnal Perubatan yang dikeluarkan 2007 mendapati halia hitam tinggi bahan aktif nitrik oksida yang berfungsi sebagai vasidolatasi yang berperanan melonggarkan otot dalam saluran darah.

Apabila ini berlaku, lebih banyak darah dapat mengalir dan seterusnya membekalkannya kepada organ-organ lain di seluruh tubuh, serta mangatasi masalah akibat sembelit.

Pengaliran darah yang lancar ini juga bertindak menghakis enapan pada saluran darah dan seterusnya melancarkan lagi perjalanannya.

Kesan daripada itu oksigen dapat masuk ke semua bahagian badan termasuk otak. Ianya juga akan memulihkan sistem saraf yang panjangnya dua setengah (2 ½) kali lilitan bumi yang terdapat dalam tubuh manusia dan seterusnya mampu merawat ketegangan akibat sembelit.

Iannya menyebabkan hormon dalam badan menjadi stabil yang merupakan salah satu punca terjadinya sembelit sebagaimana telah dibincangkan pada permulaan tadi.

ANTI GASTRIK ULSER

 

Sembelit
Laporan jurnal perubatan halia hitam berkesan untuk melawan bakteria helicobacter pylori

Laporan dalam African Journal of Biotechnology keluaran Julai, 2010, mendapati halia hitam bersifat anti gastrik ulser yang juga bertindak mematikan bakteria helicobacter pylori yang mejangkiti usus.

Bakteria ini akan melemahkan lapisan mukus perut dan usus kecil menyebabkan menyebabkan ulser dan usus dalam keadaan tidak sihat yang boleh mengundang masalah sembelit.

Sifat halia hitam itu sendiri, yang merupakan anti radang amat sesuai sebagai ubat sembelit yang mampu meredakan keradangan pada usus akibat sembelit.

Ia mengurangkan rasa sakit akibat keradangan dengan cara mematikan enzim, siklooksigenase (COX), yang diperlukan dalam tindak balas keradangan tubuh seperti perut rasa kurang selesa.

Apabila enzim COX dimatikan ianya akan mencegah daripada sakit seperti rasa kurang selesa, tegang dan nyilu dalam perut.

MUDAH BUANG AIR BESAR SELEPAS SEMINGGU

 

Sembelit

Kakitangan kerajaan, Hafidzah Ahmad Abidin, 51, mengalami masalah sembelit teruk sudah sekian lama. Pelbagai ubat telah dicuba, namun masalah itu tetap berlarutan.

Sejak akhir-akhir ini beliau mengalami masalah tidak boleh tidur dan berat badan mula menurun.

Beliau merasa bimbang masalah yang dihadapi boleh mendatangkan kanser usus.

Pada awal Julai, 2021, beliau mengamalkan 6 biji kapsul ekstrak halia hitam 10 nisbah 1 dan 4 sachet V20 keluaran Volten International.

Pada 8 Julai, pembuangan air besarnya menjadi mudah dan sekali bila ditanya pada 18 Julai beliau berkata, setakat ini pembuangan air besar lebih mudah.

Sesungguhnya, Allah S.W.T akan menurunkan penawar bagi setiap penyakit yang diturunkan antaranya: Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: Maksudnya: “Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan bersamanya penawar”. [Riwayat al-Bukhari (5678)]


Info lanjut tentang produk ekstrak halia hitam 10:1 sebagai perubatan alternatif kepada sembelit. KLIK DI SINI SEKARANG


 

Kongsi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll To Top