4 TANDA SAKIT JANTUNG DAN CARA PENCEGAHANNYA…

Kongsi

Tanda Sakit Jantung

Tanda sakit jantung yang lazim dikesan ialah apabila jantung anda berdegup dengan laju, kemungkinan ketika ini berlakunya sindrom sukar untuk bernafas.

Keadaan pernafasan yang sukar ini menyebabkan cecair dalam badan berkumpul dalam paru-paru menyebabkan seseorang itu tercunggap-cunggap apabila melakukan aktiviti harian. 

Tanda sakit jantung ini akan bertambah teruk lagi apabila otot-otot jantung menjadi lemah dan bekerja kuat utuk mengepam darah ke seluruh bahagaian tubuh.

Keadaan sebegini menyebabkan oksigen tidak dapat mengalir dengan cukup supaya tubuh dapat berfungsi dengan normal.

Ianya diumpama selepas anda meniup belon di mana perubahan degupan jantung berlaku. Bayangkan bagaimana kehidupan anda dengan perubahan sebegitu? Apakah ia merupakan tanda sakit jantung yang serius?

Tanda Sakit Jantung
Sakit jantung merupakan punca utama kematian penduduk Malaysia untuk tahun 2021

TANDA SAKIT JANTUNG, TUBUH LESU

Keadaan yang berterusan sebegini menyebab tubuh menjadi lemah dan lesu akibat bahan buangan di dalam badan tidak dapat dibuang dengan betul.

Cecair akan berkumpul di dalam paru-paru dan bahagian lain tubuh seperti abdomen, kaki dan lalin-lain lagi.

Tanda sakit jantung ini tidak bermakna jantung akan berhenti berfungsi untuk memenuhi keperluan tubuh terutama semasa melakukan aktiviti fizikal.

Tanda sakit jantung lain termasuk kembung pada bahagian abdomen, kerap batuk dengan mengeluarkan kahak berbuih serta lemah ingatan.

Walaupun kegagalan jantung kerap berlaku apabila umur meningkat, namun ianya juga boleh terjadi kepada setiap peringkat umur.

TANDA SAKIT JANTUNG, BANYAK CECAIR

Tekanan jantung turut meningkat apabila terlalu banyak mengambil makanan masin atau karbohidrat seperti roti dan nasi putih yang boleh menyebabkan berlakunya pembendungan air dan garam dalam badan.

Walaupun tubuh memerlukan garam untuk berfungsi, hanya sedikit sahaja yang diperlukan dan kebanyakan makanan mengandungi garam semula jadi.

Tanda sakit jantung boleh disedari apabila berlaku pembengkakan pada  buku lali, kaki dan perut dan menyebabkan anda nampak semakin gemuk.

Ini adalah kerana tubuh menyimpan banyak cecair kesan daripada jumlah garam dan air berlebihan berada dalam badan.

Kandungan air berlebihan ini meyebabkan ianya ditolak ke dalam paru-paru dan berlakunya kesukaran untuk bernafas.

Sekiranya air berlebihan di dalam perut akan menyukarkan anda makan dan memproses makanan yang memungkinkannya turun ke bahagian bawah kaki.

Manakala pada sebelah malam pula ketika tidur kerap membuang air kecil  dan berasa kembung atau sakit perut. Itulah tanda sakit jantung yang mungkin anda tidak berapa perasan.

Tanda Sakit Jantung
Pembekakan pada buku lali antara tanda sakit jantung. Imej Google

TANDA SAKIT JANTUNG, SALUR DARAH TERSUMBAT

Selain itu, tanda sakit jantung juga berlaku apabila terlalu banyak mengambil makanan yang berlemak, menyebabkan kandungan lemak dan kolesterol dalam darah meningkat.

Pengumpulan kolesterol yang berlebihan lama kelamaan membuatkan salur darah tersumbat yang boleh menyebabkan jantung terpaksa bekerja kuat untuk mengepam darah ke seluruh bahagian badan.

Injap bocor atau keadaan jantung lemah iaitu cardiomyopathy serta jangkitan kuman atau virus juga merupakan salah satu penyebabnya atau tanda sakit jantung.

Keadaan jantung gagal mengepam darah  yang cukup ini berlaku apabila otot jantung menjadi terlalu lemah atau gagal berfungsi dengan baik.

Ianya berpunca daripada masalah serangan jantung atau tekanan darah terlalu tinggi yang memberi kesan kepada salur darah.

Individu yang mendapat serangan jantung biasanya akan mengalami rasa sakit dada yang mungkin menular ke leher, rahang, belakang, bahagian atas abdomen, sesak nafas, rasa cemas, gementar, keadaan berpeluh, letih dan lesu secara tiba-tiba, serta muntah.

Tanda Sakit Jantung
Sakit pada bahagian dada antara tanda serangan jantung. Imej Google

TANDA SAKIT JANTUNG, IMPOTENSI

Kesan daripada saluran darah tersumbat ini juga menyebabkan berlaku impotensi yang sering berlaku di kalangan kaum lelaki yang juga merupakan salah satu tanda sakit jantung.

Ramai di kalangan kaum lelaki tidak menyedari akan perkara ini, kerana beranggapan masalah mati pucuk ini merupakan perkara biasa bagi lelaki yang sudah menjangkau lewat usia.

Tetapi bagaimana sekiranya masalah ini berlaku kepada golongan yang usianya masih muda? Kajian menunjukkan 30 peratus golongan muda mengalami mati pucuk yang belum didiagnos oleh pakar sakit tuan.

Pakar perubatan beranggapan jika masalah ini sering berlaku, ianya merupakan amaran awal kepada penyakit kardiovaskular atau tanda sakit jantung.

Umum mengetahui punca utama kepada masalah ini ialah peredaran darah terhalang menyebabkan oksigen tidak sampai ke bahagian alat sulit atau kelamin lelaki.

Badan dan semua organ lain menerima bekalan oksigen serta nutrien daripada darah yang dipam oleh jantung 

Darah yang beredar ke seluruh badan akan kembali ke bahagian jantung kanan yang dikenali sebagai darah tidak beroksigen.

Jantung kemudian mengepam darah ke paru-paru untuk menyerap semula oksigen, seterusnya darah yang mengandungi oksigen ini akan memasuki bahagian kiri jantung dan dipam semula ke seluruh tubuh.

Cuba bayangkan jantung tidak dapat berfungsi dengan baik, apakah darah yang beroksigen akan sampai ke bahagian alat kelamin lelaki. Inilah yang dikatakan impotensi merupakan tanda sakit jantung.

TANDA SAKIT JANTUNG, KERADANGAN

Tanda sakit jantung yang telah dibincangkan sebelum ini merupakan kesan kepada keradangan ke atas tubuh badan seperti jantung bengkak, degupan laju, sukar bernafas, tubuh lesu, kaki bengkak, saluran darah tersumbat dan lain-lain lagi.

Para pakar pemakanan sependapat gejala yang berlaku ini berpunca daripada hormon yang tidak seimbang dalam tubuh kesan daripada pemakanan harian yang tidak sihat.

Ianya banyak mengandungi bahan-bahan kimia dan pengawet yang mana menghasilkan radikal bebas apabila masuk ke dalam badan.

Lama-kelamaan ianya akan menyebabkan sel-sel dalam badan akan menjadi semakin lemah dan sistem ketahanan atau imuniti badan akan turut terjejas serta menjurus kepada tanda sakit jantung.

Sesungguhnya, Allah S.W.T akan menurunkan penawar bagi setiap penyakit yang diturunkan antaranya: Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: Maksudnya: “Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan bersamanya penawar”. [Riwayat al-Bukhari (5678)]


Info lanjut tentang rahsia orang dulu kekal sihat hingga akhir hayat. KLIK DI SINI SEKARANG


 

Kongsi
Scroll To Top