STROK / ANGIN AHMAR…RAWATAN ALTERNATIF…

Kongsi

Strok Angin Ahmar

Bila bercakap pasal strok / angin ahmar, ramai di antara  pakar perubatan yang bercakap pasal saluran darah terhimpit dan oksigen tidak berjalan lancar dalam badan.

Strok / angin ahmar berlaku apabila saluran darah dalam otak pecah atau tersumbat.

Tidak kurang juga yang berkata apabila diserang strok / angin ahmar, pendarahan atau bahagian otak yang terjejas itu mungkin agak besar.

Mangsa mungkin dalam keadaan tidak sedarkan diri dan perlu segera dihantar ke hospital. Dalam situasi begini kematian mungkin boleh berlaku.

Setiap tahun, lebih 50,000 kes baru berkaitan strok atau angin ahmar direkodkan di Malaysia dan ia terus meningkat dari tahun ke tahun.

Lebih menggerunkan lagi 15 peratus daripadanya meninggal dunia dalam tempoh sebulan.

STROK / ANGIN AHMAR HEMORAGIK DAN ISKEMIA

Ada dua jenis strok angin ahmar, iaitu angin ahmar hemoragik dan angin ahmar iskemia.

Strok / angin ahmar hemoragik atau pendarahan serebrum disebabkan saluran darah yang pecah.

Puncanya ialah hipertensi yang menyebabkan anuerisma, iaitu pembentukan lemak pada dinding arteri dalam otak.

Kira-kira 20 peratus daripada semua angin ahmar adalah angin ahmar hemoragik.

Angin ahmar iskemia pula berpunca daripada saluran darah tersumbat.

Saluran darah yang tersumbat ini menyebabkan pengaliran darah ke otak berkurangan secara mendadak atau terhenti.

Strok Angin Ahmar
Saluran darah tersumbat salah satu punca berlakunya strok / angin ahmar

Kira-kira 80 peratus daripada semua angin ahmar adalah daripada jenis ini. Pada masa sama ada perbezaan antara serangan iskemia sementara dan angin ahmar iskemia.

Serangan iskemia sementara atau ‘Transient Ischaemic Attack’ (TIA) ialah angin ahmar mini atau kecil.

Gejala angin ahmar ini adalah angin ahmar berlarutan kurang daripada 24 jam dan tidak menyebabkan kerosakan kekal atau kematian. Namun, TIA adalah petanda yang perlu dipandang serius.

Tidak semua angin ahmar boleh menyebabkan kematian atau kelumpuhan. Angin ahmar berulang ialah yang menyerang pesakit selepas serangan pertama atau serangan mini.

Risiko serangan berulang oleh mereka yang pernah diserang angin ahmar atau angin ahmar mini adalah sangat tinggi.

Kira-kira satu hingga lima orang mengalami angin ahmar berulang dalam tempoh lima tahun.

STROK / ANGIN AHMAR UBATAN MODEN

Strok Angin Ahmar
Pelbagai ubatan moden untuk pesakit strok / angin ahmar

Ada beberapa kategori ubat yang disyorkan kepada pesakit strok / angin ahmar. Antaranya ialah antikoagulan adalah ubat yang dapat menghalang pembekuan darah. Ia juga dikenali sebagai ejen penipisan.

Antikoagulan bukan dirumuskan untuk mencairkan darah yang sudah beku, sebaliknya untuk mencegah pembekuan darah atau mencegah darah yang sudah beku daripada menjadi lebih besar.

Antiplatelet pula ubat yang dapat menghalang platelet daripada menjadi lebih buruk. Platelet adalah agen terpenting untuk pembekuan darah apabila kita tercedera.

Kegiatan platelet yang tidak normal akan mengakibatkan saluran darah tersumbat dan membentuk plak yang seterusnya menyebabkan aterosklorosis iaitu faktor risiko kardiovaskular.

Selain itu, antihipertensi juga dibekalkan kepada pengidap strok / angin ahmar yang berpunca daripada tekanan darah tinggi  bertujuan untuk menurunkan tekanan darah.

Allah S.W.T akan menurunkan penawar bagi setiap penyakit yang diturunkan antaranya: Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: Maksudnya: “Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan bersamanya penawar”. [Riwayat al-Bukhari (5678)]


Info lanjut tentang anti radang semula jadi dan rahsia orang dulu kekal sihat. KLIK DI SINI SEKARANG

Kongsi
Scroll To Top