TANDA KANSER & 6 JENIS KANSER ANDA PERLU TAHU…

Kongsi
Tanda Kanser
Imej Google

TANDA KANSER – RISIKO TINGGI

Tubuh akan menjadi cepat letih dan berat badan mula susut merupakan tanda kanser pada tahap yang boleh dikatakan agak membimbangkan.

Keadaan itu akan semakin parah apabila ketahanan badan atau metabolisme badan mula menurun akibat sel-sel penyakit berkenaan mula merebak ke seluruh tubuh.

Tanda kanser sebegini amat digeruni setiap masyarakat kerana ianya dikategorikan dalam penyakit berisiko tinggi dan boleh membawa maut.

Selain tiada penawar yang mampu menyembuhkan secara spesifik, ianya juga antara penyakit yang menduduki carta teratas dihidapi masyarakat seluruh dunia jika dibandingkan dengan penyakit-penyakit lain.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), tanda kanser yang dikesan di Malaysia kebanyakan pada peringkat III dan IV. Antaranya kanser limfoma, perut, usus, pangkal rahim, prostat, ovari dan lain lagi.

TANDA KANSER – JUMLAH KES MENINGKAT

Kes yang dikesan meningkat daripada 58.7 peratus pada 2001 hingga 2011 kepada 63.7 peratus pada 2012 hingga 2016.

Jumlah kes meningkat sebanyak 11 peratus pada tahun 2012 hingga 2016 berbanding tahun 2007 hingga 2011.

Tiga jenis kanser yang paling kerap berlaku di negara ini ialah barah payudara dengan 19 peratus, diikuti barah kolorektal atau usus besar 13.5 peratus dan barah paru-paru 9.8 peratus.

Manakala di kalangan lelaki, barah kolorektal merupakan penyakit yang paling kerap berlaku iaitu 16.9 peratus dan di kalangan wanita pula adalah barah payudara 33.9 peratus.

Satu pertiga kematian adalah dikaitkan dengan amalan berisiko iaitu berat badan berlebihan, kurang pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran, kurang melakukan aktiviti fizikal, pengambilan tembakau atau merokok serta pengambilan alkohol yang menyumbang kepada tanda kanser.

Tanda Kanser

TANDA KANSER – SARINGAN AWAL

KKM meminta orang ramai melakukan ujian saringan serta dinasihatkan supaya mengenali gejala dan tanda kanser peringkat awal kerana ia berpeluang untuk sembuh dengan lebih baik.

Berikut adalah tanda kanser mengikut jenis-jenisnya:

1.  Tanda Kanser Limfoma

Limfoma atau lebih dikenali sebagai kanser darah bermula dari sel sistem imun dipanggil ‘lymphocytes’.

Keadaan ini berlaku apabila ‘lymphocytes’ berada dalam keadaan pertumbuhan sel yang tidak terkawal dan berganda.

Pesakit akan mengalami bengkak pada nodus limfa di leher, bawah lengan dan perut. Berlaku demam atau jangkitan yang tidak dapat dijelaskan, sakit dada, perut dan tulang. Ketika ini juga, pesakit mengalami penurunan berat badan secara mendadak.

Tanda kanser limfoma tiada sebarang gejala pada peringkat awal, apabila keadan semakin merebak leukemia dan limfoma boleh menghasilkan gejala yang seakan sama.

Pesakit akan berasa lesu, berpeluh waktu malam, sakit atau bengkak di bawah rusuk, terutama bahagian kiri, sesak nafas, ruam atau gatal kulit.

Tanda kanser limfoma juga menunjukkan pesakit mengalami bengkak pada nodus limfa di leher, bawah lengan, perut dan groin.

2.  Tanda Kanser Perut

Sakit perut merupakan sebahagian daripada tanda kanser perut. Ianya merupakan barah ketujuh paling lazim dialami oleh lelaki dan kesepuluh paling lazim bagi wanita di Malaysia.

Barah ini berkemungkinan berlaku akibat sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai N-nitrosa (NNitrosa compound) yang terhasil daripada makanan yang mengandungi nitrat yang diubah menjadi nitrit yang mungkin menyebabkan kanser perut berlaku.

Antara makanan tersebut ialah seperti acar, daging, ikan yang diasap atau mengandungi banyak garam seperti ikan atau daging masin memudahkan proses karsinogenesis iaitu pencetus kejadian barah perut dan pembiakan sel tanpa kawalan pada perut.

Tanda kanser perut yang kerap berlaku ialah;
* Sakit pada abdomen (70.1 peratus)
* Kemerosotan berat badan ( 59.8 peratus)
* Muntah(16.5peratus)
* Asites (busung) (13.4 peratus)
* Ketulan pada ulu hati epigestrium (16.5 peratus)
* Anemia (kurang darah) 7.2 peratus
* Nyeri pada bahagian ulu hati yang tidak menentu.
* Ketidakselesaan.
* Bisa-bisa pada perut yang timbul dan hilang.
* Hilang selera makan atau aneroksia dan disertai loya.
* Mata menjadi kuning (jaundis) kerana berlakunya penyumbatan saluran hempedu.
* Nyeri tulang
* Gejala urat saraf yang disebabkan penyebaran ke otak dan selaput otak (meningitis).
* Batuk dan sesak nafas kerana sel-sel kanser merebak ke paru-paru.
* Terdapat benjolan pada ulu hati di mana pesakit kelihatan pucat, biasanya pesakit ini berada pada  tahap yang serius.

3.  Tanda Kanser Payudara

Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), dianggarkan seramai 508,000 wanita maut di seluruh dunia pada tahun 2011 disebabkan oleh kanser payudara. Ianya merupakan penyebab utama kematian akibat barah di kalangan wanita Malaysia.

Wanita berusia lebih daripada 40 tahun ke atas mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding dengan wanita yang lebih muda. Risiko ini meningkat semakin tinggi pada mereka yang berumur 50 dan juga 70 tahun.

Selalunya barah yang berlaku pada umur 50 tahun adalah lebih teruk kerana ia senang merebak dan tidak sensitif dengan rawatan hormon. Manakala kanser payudara yang berlaku pada umur 70 tahun lebih lambat membesar dan boleh dirawat dengan rawatan hormon.

Wanita harus peka kepada perubahan yang menunjukkan kepada tanda kanser payudara;
* Perubahan rasa di payudara atau puting.
* Ketulan atau perubahan ketebalan di payudara atau bawah ketiak.
* Puting payudara yang terasa tegang dan sakit.
* Perubahan dilihat pada payudara atau puting.
* Perubahan saiz dan bentuk payudara.
* Puting payudara terperosok ke dalam.
* Permukaan kulit payudara, sekeliling puting, atau puting bersisik, merah atau bengkak. Permukaan kulit boleh kasar atau berliang seolah-olah seperti permukaan oren.

4.  Tanda Kanser Ovari

Kanser ovari merupakan salah satu kanser dalam kategori sakit puan yang  lebih kerap dihidapi wanita di negara maju seperti Amerika Syarikat dan Eropah berbanding wanita di negara sedang membangun.

Ianya jarang berlaku pada wanita yang berusia kurang daripada 35 tahun. Puncak usia berlakunya barah ovari adalah antara 50 hingga 70 tahun. Hanya tiga peratus daripada penghidap barah ovari berumur kurang daripada 35 tahun.

Ovari merupakan salah satu organ pembiakan bagi perempuan yang berfungsi untuk menghasilkan hormon serta telur(Ovum/Oocyte skunder). Bukti terbaharu menunjukkan bahawa kebanyakan barah ini sebenarnya berasal daripada fimbria pada tiub fallopio.

Tanda kanser ovari pada wanita ialah:
* Sakit perut dan ketidakselesaan pada perut adalah tanda yang lazim dinyatakan oleh pesakit.
* Perut semakin membesar ataupun terasa ketulan di perut.
* Sakit ulu hati, kerap kencing dan penurunan berat badan.
* Kembung perut, terutama semasa menghampiri kitaran haid.
* Masalah sembelit yang konsisten

5. Tanda Kanser Usus

Kanser usus atau disebut juga kolorektal merupakan barah atau pertumbuhan tidak normal yang berlaku pada dinding saluran usus besar.

Penyakit itu terbahagi kepada dua jenis, kanser usus sporadik, iaitu 80 hingga 85 peratus barah berlaku secara spontan, manakala kanser usus keturunan pula lima hingga 15 peratus penghidap yang mempunyai sejarah keluarga dengan penyakit berkenaan.

Penyakit ini menyerang kolon atau usus dan rektum iaitu bahagian usus besar yang membantu mencernakan makanan dan membuang bahan kumuh.

Ia berlaku di dinding usus besar dan 75 peratus sel kanser menyerang rektum dan usus besar di sebelah kiri.

Tanda kanser usus adalah;
* Perubahan pada tabiat buang air besar (sembelit/cirit)
* Tenesmus (tabiat tidak puas ketika ke tandas)
* Najis berdarah
* Sakit perut berpanjangan
* Penurunan berat badan secara mendadak
* Selera makan kurang.

6. Tanda Kanser Prostat

Tumbuh di dalam prostat, iaitu kelenjar kecil yang mengeluarkan cecair pembawa sperma. Kanser prostat adalah salah satu penyakit yang paling biasa dihidapi lelaki.

Prostat terletak dibahawa pundi kencing dan didalamnya mengandungi saluran air kencing iaitu urethra sebelum saluran tersebut memasuki zakar. Organ prostat ini berfungsi menghasilkan semen ketika ejakulasi berlaku

Ianya merebak melalui saluran limfa dan darah, serta kerap merebak ke tulang berbanding bahagian-bahagian tubuh yang lain.

Barah prostat pada peringkat awal sering kali tidak menunjukkan apa-apa gejala.

Tanda-tanda kanser prostat;
* Sering membuang air kecil terutamanya pada waktu malam.
* Kesukaran sewaktu mula membuang air kecil atau air kencing yang tertahan.
* Tidak boleh mengeluarkan air kencing.
* Aliran air kencing yang lemah atau tersekat-sekat.
* Kesakitan atau kepanasan semasa mengeluarkan air kencing.
* Terasa sakit ketika air kencing keluar.
* Terdapat darah dalam air kencing atau air mani.
* Sering mengalami kesakitan atau ketegangan di bahagian belakang, pinggang, atau peha.

TANDA KANSER – RAWATAN ALTERNATIF

Tanda Kanser
Antara rawatan alternatif bagi menghalang tanda kanser ini makin parah dan terus merebak ke bahagian-bahagian lain tubuh ialah dengan menggunakan ekstrak halia hitam.

Halia hitam yang juga dikenali Kaempferia parviflora dalam bahasa saintifiknya kaya dengan bahan aktif 5,7-dimetoksiflavon yang tiada pada herba lain.

Ia juga mengandungi asid amino, selenium dan antioksidan seperti tanin, antosianin serta bioflavonoid bagi meningkatkan metabolisme tubuh yang merupakan salah satu tanda kanser yang dihidapi pesakit.

Asid amino berperanan membekalkan protin untuk  membantu  sel supaya lebih aktif bagi menjana tenaga dan meningkatkan kekebalan tubuh.

Protin tadi akan bertindak ke atas gula dan lemak di dalam tubuh untuk membentuk sel baharu bagi menghasilkan imun yang dipanggil Sel T yang terbahagi kepada dua iaitu Sel T Pembantu (Helper) CD4+ dan Sel T Pembunuh (Killer) CD8+ serta Sel B yang akan menghasilkan antibodi untuk melawan sel barah.

Tanda Kanser
Imej Google

Polimektoksiflavon yang terdapat dalam halia hitam juga meningkatkan penjanaan tenaga dalam sel dengan cara mengaktifkan protin kinase (AMPK) dalam myoblast atau anak tisu otot.

Kemudian ia akan menjana ATP mitokondria untuk badan mendapatkan tenaga, semakin banyak mitrokondria dijana makan semakin banyaklah badan memperolehi tenaga.

Bahan-bahan aktif ini amat diperlukan dalam merawat, melawan dan mencegah tanda kanser, sebagaimana dinyatakan di atas akan gejalanya yang menyebabkan tubuh menjadi cepat letih dan berat badan mula susut, serta metabolisme badan mula menurun.

TANDA KANSER – ANTI KANSER

Tanda Kanser
Halia hitam kaya dengan kandungan kalium (125 miligram), fosforus (63mg) dan kalsium tenaga (52 kilokalori) selain protein, karbohidrat, gentian, vitamin C dan niasin.

Ia mampu meneutralkan asid dalam perut, merangsang pengeluaran jus penghadaman dan juga membantu memperbaiki otot otot penghadaman yang terjejas sebagaimana dinyatakan pada tanda kanser usus.

Selain itu, ia juga mempunyai keupayaan untuk melegakan masalah kekejangan perut dan tidak mempunyai sebarang kesan sampingan, serta selamat untuk digunakan sebagai penawar melawan tanda kanser sebagaimana dinyatakan.

Tanda Kanser
Satu kajian yang dibuat oleh Universiti Chiang Mai, Thailand, mendapati ekstrak halia hitam mempunyai kesan anti kanser yang kuat terhadap sel-sel barah serviks atau pangkal rahim.

Manakala, kajian ke atas kanser ovari melaporkan bahawa ianya mampu merencatkan pertumbuhan sel-sel barah daripada merebak ke bahagian lain dan akhir sekali mematikan sel berkenaan.

TANDA KANSER – ANTI RADANG

Tanda Kanser
Halia hitam yang juga berfungsi mengurangkan demam dan sakit akibat keradangan dengan cara mematikan enzim, siklooksigenase (COX), yang diperlukan dalam tindak balas keradangan tubuh seperti mengubah suhu normal badan.

Apabila enzim COX dimatikan ianya akan mencegah daripada demam dan lain-lain keradangan tanda kanser sebagaimana yang dialami pesakit.

Selain itu, ia juga tinggi antioksidan bagi membantu mengurangkan keradangan secara semula jadi, oleh itu kerbergantungan kepada ubat-ubatan dapat dikurangkan.

Kajian juga menunjukkan ekstrak halia hitam berkesan untuk menghalang atau merencatkan sebatian yang mencetuskan keradangan yang dikenali sebagai prostaglandin E2 sebagaimana yang diterangkan pada tanda kanser.

Penggunaan halia hitam dalam melawan dan merawat tanda kanser bukanlah merupakan perkara magik, sebaliknya ianya hendaklah disertai dengan amalan yang berterusan bagi mencegah, merawat dan melawan sel-sel barah serta mematikannya.

Sesungguhnya, Allah S.W.T akan menurunkan penawar bagi setiap penyakit yang diturunkan antaranya: Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: Maksudnya: “Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan bersamanya penawar”. [Riwayat al-Bukhari (5678)]


Info lanjut tentang fungsi produk ekstrak halia hitam melawan tanda kanser usus. KLIK DI SINI SEKARANG


 

Kongsi
Scroll To Top