Produk kecantikan sering dikaitkan dengan tubuh langsing dan muka putih atau gebu. Produk sebegini memang menjadi tumpuan kaum wanita yang inginkan penampilan yang sentiasa menawan.
Tidak ramai yang menyedari lambakan produk kecantikan di pasaran ada yang berbahaya untuk kesihatan kerana mengandungi racun berjadual.
Menurut Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sesetengahnya mengandungi hydroquinone dan betamethasone 17-valerate yang tinggi.
Kedua-dua bahan ini perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan sahaja.
Penggunaan produk kecantikan yang mengandungi bahan-bahan tersebut tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini.
PRODUK KECANTIKAN KESAN SAMPINGAN
Hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan, ketidakselesaan dan perubahan warna pada kulit yang disapu. Selain itu, kulit menjadi hipersensitif, boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.
Betamethasone 17-Valerate boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko untuk diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat.
Merkuri dilarang dalam produk kecantikan kerana boleh memudaratkan kesihatan. Ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.
Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.
Kesan-kesan sebegini sering menjadi luahan ketidak puasan hati golongan wanita di media-media sosial yang mengamalkan produk kecantikan yang agak diragui akan kandungannya.
PRODUK KECANTIKAN DAN KESIHATAN WANITA
Justeru itu, syarikat-syarikat pengeluar produk kecantikan sering menggunakan slogan ’Wanita Sihat, Keluarga Sihat’ bagi melariskan lagi jualan produk keluaran mereka.
Slogan sebegini sebenarnya amat bagus, ia merupakan satu perlambangan kepada kesihatan seseorang wanita dalam sebuah keluarga.
Ramai yang tidak menyedari slogan tersebut sebenarnya ingin sampaikan maksud, kesihatan dalaman wanita memainkan peranan penting ke arah itu.
Tidak hairanlah, sesetengah produk kecantikan memanipulasi slogan ini sebagai daya tarikan kepada kaum wanita tanpa memberi manfaat kepada kesihatan wanita yang sebenar.
Tiga isu utama kesihatan wanita ialah kegemukan, masalah kulit dan masalah menstuasi yang jarang dititik beratkan bila memnghasilkan produk kecantikan wanita.
PRODUK KECANTIKAN PREMENSTRUAL SYNDROME

Menurut para pakar kesihatan punca utama kepada semua pemasalahan wanita ini berpunca daripada tekanan atau pun stress. Kehidupan masa kini yang mana wanita lebih aktif berbanding dahulu merupakan salah satu puncanya.
Kesannya ramai para wanita hari ini mengalami pelbagai masalah kesihatan seperti masalah emosi, migrain, insomnia, sembelit dan lain-lain lagi masalah dalaman wanita itu sendiri.
Gejala ini sekira tidak di atasi pada peringkat awal boleh menyebabkan berlakunya penyakit menstuasi atau juga lebih dikenali ‘Premenstrual Syndrome’ (PMS) yang kesan jangka panjang boleh menyebabkan penderitaan akibat fibroid rahim.
PMS yang berlarutan menyebabkan aliran darah tidak sampai ke bahagian sistem peranakan menyebabkan dinding uterus menjadi lemah dan mengecut.
Saluran darah kawasan itu tersumbat dan bekalan darah ke dinding rahim, tiub follapian dan ovari tidak mencukupi menyebabkan rahim menjadi kering.
PRODUK KECANTIKAN KERADANGAN
Ia merupakan satu petanda kepada penyakit ginekologi yang boleh menjejaskan emosi dan ketahanan badan menjadi semakin menurun.
Ramai di kalangan wanita hari ini yang menghadapi masalah keradangan akibat PMS ini, antaranya ialah kemandulan, sukar mengandung, kehamilan luar rahim atau ektopik, tiub fallopia dan keguguran.
Kesan jangka panjang terhadap keradangan yang dihadapi ini pula boleh menyebabkan berlakunya pertumbuhan seperti cyst ovari, fibroid rahim, kanser serviks dan kanser payu dara.
Para pakar pemakanan sependapat gejala yang berlaku ini berpunca daripada hormon yang tidak seimbang dalam tubuh kesan daripada pemakanan harian yang tidak sihat.
Pengambilan makanan segera kini menjadi satu budaya di kalangan masyarakat hari ini, tanpa menyedari kesan sampingan pengamalannya.
Ianya banyak mengandungi bahan-bahan kimia dan pengawet yang mana menghasilkan radikal bebas apabila masuk ke dalam badan.
PRODUK KECANTIKAN – KANSER PEMBUNUH UTAMA
Lama-kelamaan ianya akan menyebabkan sel-sel dalam badan akan menjadi semakin lemah dan sistem ketahanan atau imuniti badan akan turut terjejas.
Justeru itu, ekoran daripada sistem imuniti badan yang lemah ini penyakit ginekologi menjadi ancaman utama kepada kaum wanita di seluruh dunia.
Antara penyakit utama yang sering menyerang kaum wanita ialah kanser payu dara, kanser ovari dan kanser serviks.
Menurut satu laporan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), setiap 2.6 minit seorang wanita di dunia meninggal akibat penyakit ginekologi ini.
Semua itu berpunca daripada apa yang badan terima setiap hari termasuklah bahan-bahan dalam produk kecantikan, pepatah Inggeris ada mengatakan ‘You are what you eat’ dan ‘You are what you think’.
PRODUK KECANTIKAN BAHAN SEMULA JADI
Halia hitam atau nama saintifiknya ialah Kaempferia parviflora banyak tumbuh secara liar di bahagian utara Thailand. Rizom/isinya kemudian di ekstrak menjadi pati halia yang banyak digunakan dalam produk kecantikan dan rawatan alternatif pelbagai penyakit.
Ianya kaya dengan bahan aktif 5,7 dimitoksiflavon yang mana badan memerlukan minima 1.5 peratus bahan ini sebagai nutrisi makanan berkhasiat.
Pengambilan halia hitam secara konsisten akan merangsang pertumbuhan sel-sel baru dan dalam masa yang sama menguatkan lagi sel-sel yang sedia ada bagi melawan, merawat dan mencegah pelbagai penyakit.
Tubuh akan menjadi dua kali ganda lebih kuat kerana 5,7 dimitoksiflavon tadi membakar lemak, gula dan lactus asid untuk menjana tenaga lebihan.
Antara sel yang dirangsang ialah Sel T (helper-CD4+ & killer-CD8+) dan Sel B yang berfungsi sebagai antibodi tubuh. Ramai tidak menyedari proses ini amat penting apabila mengamalkan sesuatu produk kecantikan.
Bahan aktif dalam halia hitam juga mengaktifkan nitrik oksida secara semulajadi yang berfungsi mengendurkan saluran darah dan seterusnya peredaran semakin lancar ke seluruh bahagian tubuh dan kadar oksigen semakin meningkat serta hormon dalam badan semakin stabil juga merupakan keperluan yang ada pada produk kecantikan.
PRODUK KECANTIKAN ANTI KERADANGAN
Sebagaimana yang dibincangkan sebelum ini keradangan merupakan salah satu gejala utama PMS yang memberi kesan serius kepada kesihatan wanita hari ini seperti apa yang dilaporkan WHO.
Ia biasanya menyebabkan kesakitan dan menjadi penyebab seseorang itu merasa sakit seperti contoh akibat jangkitan atau patah tulang.
Keradangan ini bukan hanya setakat rasa sakit atau tidak selesa seperti deman, ianya boleh menyebabkan keadaan yang lebih serius seperti kanser dan sakit jantung.
Bahan aktif 5,7 dimitoksiflavon dalam halia hitam berfungsi mengurangkan demam dan sakit akibat keradangan dengan cara mematikan enzim, siklooksigenase (COX) yang bertindak meradangkan tubuh seperti mengubah suhu normal badan.
Kajian juga menunjukkan ekstrak halia hitam berkesan untuk menghalang atau merencatkan sebatian yang mencetuskan keradangan yang dikenali sebagai prostaglandin E2.
Selain itu, bahan aktif ini juga tinggi antioksidan bagi membantu mengurangkan keradangan secara semula jadi, oleh itu kerbergantungan kepada ubat-ubatan dapat dikurangkan.
PRODUK KECANTIKAN BEBAS RACUN

Hasil ujian ekstrak halia hitam 10:1 yang diimport oleh Syarikat Volten International di makmal Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia, mendapati bahan aktif 5,7 dimitoksiflavon ini bebas daripada bahan merkuri dan 68 jenis racun berbahaya.
Kandungan bahan aktif yang dibawa masuk ini mengandungi 2.26 peratus iaitu melebihi keperluan badan sebanyak 1.5 peratus.
Oleh itu, berdasarkan ujian ini dua produk kecantikan wanita berasaskan formulasi ekstrak halia hitam telah dihasilkan bagi membantu kaum wanita menjalani kehidupan yang lebih sempurna.
Ianya terbukti selamat untuk digunakan oleh pengemar produk kecantikan, malah diakui tiada kesan sampingan kerana 100 peratus menggunakan bahan-bahan semulajadi yang memiliki pelbagai khasiat tersendiri.
Maka tidak hairanlah dalam usia tidak sampai dua tahun pengeluaran produk kecantikan telah banyak memberi manfaat kepada mereka yang mengamalkannya.
PRODUK KECANTIKAN V20

Produk kecantikan Volten V20 dirumus khas untuk anti penuaan, mencantikkan kulit dan kesihatan wanita itu sendiri baik luaran serta dalaman.
Lima bahan semulajadi diformulasikan iaitu ekstrak halia hitam, ekstrak sarang burung, 7 jenis rempah-ratus (jintan putih, bawang putih, ketumbar, bunga cengkih, kulit kayu manis, lada hitam), buah delima dan madu asli.
Bahan-bahan dalam produk kecantikan ini terutama halia hitam kaya dengan anti oksidan, anti radang dan anti penuaan.
Ekstrak sarang burung pula kaya dengan asid sialic yang menghasilkan Asid N-asetilneuramin (NANA) iaitu sejenis glikoprotein untuk membran sel; gangliosida iaitu komponen otak membrane neuron.
Tujuh rempah arab pula untuk kecantikan dalaman dan luaran wanita. Manakala delima pula kaya dengan vitamin c untuk kesihatan kulit termasuk mencerahkannya dan madu asli pula kaya pelbagai mineral semulajadi termasuk propolis, bee pollen, vitamin dan enzim. Inilah yang perlu ada dalam produk kecantikan sebenar.
PRODUK KECANTIKAN MANFAAT V20

1. Kecantikan bentuk badan wanita termasuklah menganjalkan payu dara, punggung dan juga menempiskan perut
2. Keremajaan wanita termasukkan mengetatkan faraj, melancarkan haid, menghilangkan bau serta keputihan.
3. Kesihatan dalaman wanita termasuk menegecuttkan faraj selepas bersalin dan mengurangkan gejala sakit puan.
4. Kecantikan kulit iaitu menghaluskan, menganjalkan dan mencerahkan.
PRODUK KECANTIKAN SUSU VTAMEEN

Produk kecantikan digemari ramai iaitu Vtameen merupakan susu halia hitam pertama di dunia yang diformulasikan dengan susu New Zealand yang tinggi kalsium.
Ianya juga juga dicampur dengan ekstrak bunga teratai salju (snow lotus) yang banyak didapati di kawasan pergunungan negara China dan Tibet yang jarang dijadikan bahan produk kecantikan.
Selain itu produk kesihatan susu pra campuran ini juga dikombinasikan dengan ekstrak sarang burung layang-layang yang mana terbukti secara saintifik baik untuk kesihatan otak.
Habbatus sauda atau jintan hitam yang kaya dengan pelbagai nutrisi, berasal dari Asia Selatan dan Asia Tengah juga merupakan ramuan yang terdapat dalam susu Vtameen ini.
Manakala bagi mengekalkan kemanisan yang sihat untuk tubuh-badan ianya menggunakan pemanis nano yang bersifat manis tetapi bukan gula amat sesuai untuk pesakit kencing manis.
PRODUK KECANTIKAN VTAMEEN KHASIAT

1. Mencerahkan kulit dan menjadikan kulit halus serta licin. Kulit juga menjadi anti alergi iaitu tahan dari sebarang keradangan seperti kegatalan.
2. Menyihatkan rambut di mana rambut menjadi lebat dan kehitaman. Ia juga penyelesai masalah kepada rambut gugur.
3. Menguatkan otot sendi dan mengurangkan sakit tulang belakang.
4. Menyihatkan perut dan usus dengan melawaskan pembuangan air besar serta mengurangkan gastrik.
Info lanjut tentang produk kecantikan bebas merkuri dan 68 racun berbahaya. KLIK DI SINI SEKARANG