GULA PASIR DAN SOLUSI KEPADA 3 ISU DIHADAPI…

Kongsi
Gula
Makanan seharian yang diambil tanpa kita sedari mengandungi kalori yang tinggi.

Angkara gula!!! Terpaksa beratur panjang dan tunjukkan kad pengenalan untuk membeli walau hanya sekilogram bahan berkenaan di kedai-kedai runcit.

Malah dalam masa yang sama beratus-ratus tan gula pasir bersubsidi yang disorok di gudang-gudang berjaya dirampas oleh pihak berkuasa tempatan kerana dipercayai cuba diseludup ke negara jiran.

Tidak cukup dengan itu rakyat terpaksa menerima tempiasnya apabila harga minuman dan makanan naik mendadak angkara ketiadaan bekalan bahan berkenaan di pasaran tempatan.

Sedangkan pada masa yang sama pak-pak bungkusan gula pasir bersubsidi dari Malaysia begitu mudah didapati di kedai-kedai runcit negara jiran, tambah mengejutkan lagi ianya dijual dengan harga yang tinggi melebihi harga pasaran tempatan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Itulah yang terjadi ekoran ‘Krisis Gula’ yang melanda negara pada penghujung tahun 2009 dan berlarutan sehingga pertengahan tahun 2010.

Malah tidak hairanlah ada yang mengambil kesempatan daripadanya sehingga ada yang digelar sebagai ‘Raja Gula’ dalam dunia kapitalis moden semata-mata ingin mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

GULA MEWARNAI KEHIDUPAN

Gula merupakan satu keperluan asas rakyat Malaysia, seorang surirumah akan tidak senang duduk sekiranya kehabisan bekalan di dapur. Tanpanya seolah-olah apa kerja tidak menjadi.

Pengambilannya dalam kalangan rakyat negara ini berkait rapat dengan budaya dan kebiasaan sejak turun temurun lagi, kerana badan yang sentiasa dibaham hangat matahari bekerja di sawah perlukan tenaga segera bagi meneruskan kerja harian.

Setiap makanan dan minuman memerlukan bahan itu sebagai penyedap rasa, tanpanya selera akan terus hilang bagaikan anak dara hilang serinya.

Menurut satu kajian kebanyakan rakyat Malaysia mengambil 30 hingga 50 sudu teh gula sehari. 

Jumlah ini melebihi saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu seseorang hanya perlu mengambil 10 sudu teh sahaja atau bersamaan 50 gram atau 200 kalori untuk penggunaan sehari.

Gula
Obesiti sering dikaitkan kepada punca utama penyakit kencing manis – Imej Google

GULA PUNCA OBESITI

Gula itu sendiri tidak membuatkan kita gemuk atau berat badan bertambah. Tenaga daripadanya paling mudah diserap apabila kita melakukan aktiviti harian.

Lebih banyak ianya diambil, badan akan menerima lebih banyak tenaga segera yang sedia digunakan pada bila-bila masa.

Satu sudu teh gula membekalkan 20 kalori, jika anda mengambil tujuh sudu teh sehari daripada minuman, ini bermakna anda memperoleh 140 kalori. Ini belum mengambil kira kandungan gula dalam makanan manis seperti kuih, kek atau buah-buahan.

Malangnya gaya hidup santai diamalkan kebanyakan masyarakat hari ini menyebabkan kita kurang menggunakan tenaga. Tenaga berlebihan daripada makanan ini disimpan dalam bentuk lemak.

Sebagai kiraan mudah, 140 kalori tenaga berlebihan ditukar kepada 20 gram lemak. Dalam tempoh sebulan, anda mengumpul 600 gram lemak atau 7.2 kilogram dalam masa setahun!

Untuk membakar 140 kalori, kita perlu berjoging atau berjalan mendaki bukit selama 20 minit atau senamrobik, berbasikal (40 minit) atau melakukan kerja rumah yang biasa seperti menyapu sampah, membasuh, memasak dan mengemas selama satu jam.

GULA DAN IMPLIKASI

Tanpa melakukan aktiviti sebegini kita  telah mendekatkan diri kepada salah satu punca diabetes atau kencing manis.

Kandungan gula yang terlalu banyak disimpan dalam bentuk lemak adalah punca kepada penyakit ini dan sudah tentu ianya merupakan satu pengalaman pahit dalam hidup pengidapnya.

Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), melaporkan sekitar 18.3 peratus (anggaran 3.9 juta) dalam kalangan orang dewasa di Malaysia, memerlukan bantuan agar paras gula dalam darah mereka dapat dikawal akibat diabetes. 

Diabetes merupakan sejenis penyakit kronik yang melemahkan badan dan dalam jangka masa tertentu, ia boleh menyebabkan kerosakan kepada semua tisu tubuh dan mengheret penderitanya perlahan-lahan ke jurang maut.

Ia adalah penyakit seumur hidup yang tidak dapat disembuhkan tetapi ia boleh dikawal dengan menggunakan beberapa kaedah berkesan seperti mengelakkan mengambilnya dengan pengambilan produk alternatif mengandungi gula yang kurang atau tiada langsung.

PEMANIS NANO HALIA HITAM PERTAMA DUNIA

Gula

Kerisauan terhadap gaya hidup rakyat negara ini yang tidak sihat mendorong sebuah syarikat bumiputera iaitu Volten International Sdn. Bhd. mengeluarkan pemanis nano dengan ekstrak halia hitam pertama di dunia bagi menggantikan gula dalam makanan dan minuman.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ismail Che Ani, syarikatnya telah melakukan penyelidikan selama dua tahun sebelum mengeluarkan produk pemanis alternatif dengan nama Vsweet.

Kebanyakan produk pemanis seperti ini yang ada di pasaran tidak begitu popular kerana rasanya amat berbeza dengan gula putih yang ada di pasaran sejak sekian lama.

Beliau berkata, orang ramai inginkan produk gantian tetapi dalam masa sama ingin menikmati makanan atau minuman dengan rasa yang sedap.

Setakat ini syarikat yang diasaskan beliau pada 2018 telah mengeluarkan tujuh produk kesihatan berasakan halia hitam sejak Januari 2019, katanya pada majlis pelancaran Volten Vsweet pada 30 Jun, 2021.

Kini produk keluaran Malaysia ini telah memasuki pasaran Kemboja, Indonesia, Thailand dan sekarang dalam proses akhir pendokumentasi untuk melebarkan sayap ke Brunei dan Singapura.

PEMANIS SEMULA JADI KOSONG KALORI

Gula
Vsweet mengabungkan pemanis nano, ekstrak halia hitam dan air hexagon

Pemanis semula jadi Vsweet ini diperbuat daripada pati ekstrak tebu hitam dan halia hitam yang diformulasi melalui teknologi nano yang bersifat manis seperti gula pasir tetapi kosong (0) kalori.

Ianya dicampur dengan air hexagon untuk dijadikan pemanis semula jadi dalam bentuk cecair yang merupakan alternatif terbaik sebagai ganti dan sesuai untuk gaya hidup sihat seisi keluarga.

Rasa manisnya sama seperti gula pasir dan tidak merubah rasa manis itu sendiri. Vsweet juga berperanan menstabilkan kadar gula dalam darah dan baik untuk sistem pencernaan atau melawas pembuangan air besar.

Selain itu, Vsweet yang dikombinasi dengan tiga bahan ini (tebu hitam, halia hitam dan air hexagon) adalah  bersifat antiseptik, antioksidan dan anti-radang yang amat sesuai untuk pengidap diabetes.

Vsweet yang juga rendah kalori serta karbohidrat dan stabil pada suhu panas amat sesuai untuk semua minuman atau masakan tanpa merubah rasanya.

PEMANIS ALTERNATIF CARA PENGGUNAAN

Gula
Maklumat pemakanan pada ujian nutrisi menunjukkan Vsweet tidak memudaratkan anda

Penggemar makanan dan minuman manis dapat merasai kemanisan tanpa gula yang tidak mendatangkan mudarat.

Penggunaanya amat jimat dimana satu titik untuk satu cawan atau bersamaan dengan tiga sudu teh gula pasir.

Selain itu, laporan ujian nutrisi maklumat pemakanan yang diperolehi untuk setiap 100ml menunjukkan kadar gula, protin dan lemak ialah kosong (0). Manakala bacaan tenaga pula pada 128kcal.

Vsweet juga mendapat perakuan daripada HACPP dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di mana ujian nutrisinya mengikut format sebagaimana yang dikehendaki KKM.

Gula
Hanya 1 titik anda kekal menikmati rasa manis seperti biasa

Justeru itu, fikir-fikirkanlah. Adakah anda ingin kekal berlebihan mengambil makanan yang mengandungi kalori, lemak dan gula? Semuanya itui membawa mudarat kepada penyakit berisiko tinggi seperti serangan jantung, diabetes, strok dan darah tinggi. Pilihan sebenarnya terletak di tangan anda.


Info lanjut tentang produk Vsweet pemanis tanpa gula ekstrak halia hitam pertama di dunia.  KLIK DI SINI SEKARANG


 

Kongsi
Scroll To Top