KUNYIT HITAM DENGAN HALIA HITAM, 9 PERSAMAAN…

Kongsi
Kunyit hitam
Rizom kunyit hitam berwarna biru kehijauan.

Sebut saja kunyit hitam ramai yang akan berkata bahawa herba tersebut mempunyai banyak khasiat dan telah digunakan sejak beribu tahun dahulu dalam perubatan tradisional.

Ada sesetengah beranggapan kunyit hitam sama dengan halia hitam yang juga berperanan sebagai penawar kepada pelbagai penyakit.

Lantaran itu halia hitam juga disebut sebagai kunyit hitam di kalangan masyarakat kita, mungkin agaknya warna isi atau ubi yang juga dipanggil rizom seakan-akan sama iaitu biru ungu kegelapan.

Sebenarnya kedua-duanya adalah spesis herba yang berlainan sama sekali. Kunyit hitam juga dikenali sebagai temu hitam di kalangan masyarakat Melayu zaman dahulu.

Kunyit hitam nama sintifiknya ialah Curcuma caesia manakala halia hitam pula ialah Kaempferia parviflora. Kedua-duanya daripada keluarga yang sama iaitu Zingiberaceae iaitu satu keluarga dengan halia, lengkuas, kunyit dan bunga kantan.

KUNYIT HITAM – GEOGRAFI

Kunyit Hitam
Daun dan bunga kunyit hitam.

Kunyit hitam berasal dari India, China dan juga Timur Tengah seperti Turki. Ianya merupakan tumbuhan yang bermusim dan jarang ditanam di mana pengeluaran rizomnya adalah terhad.

Pokoknya boleh mencapai ketinggian 1 meter dan hampir sama dengan pokok kunyit biasa tetapi daunya mempunyai garisan hitam di tengah.

Warna bunga pula merah kehijauan, manakala isi atau rizom pula berwarna biru kehijauan.

Halia hitam yang disamakan dengan kunyiti hitam pula berasal dari Thailand dan Kemboja yang banyak tumbuh secara liar di kawasan pergunungan. 

Ketinggiannya ialah 0.5 meter dan pertumbuhannya secara mendatar mirip kepada pokok cekur.

Warna bunganya pula ialah putih merah pada dahan dan isi atau rizomnya berwarna ungu gelap kehitaman.

KUNYIT HITAM – RM500 SEKILOGRAM

Kunyit hitam
Pokok halia hitam dan bunganya.

Permintaan dunia terhadap kunyit hitam agak tinggi, manakala pengeluaranya pula adalah terhad.

Oleh kerana permintaan dan penawaran tidak seimbang, harga bahan mentah itu di pasaran dunia boleh mencecah hampir RM500 sekilogram. Dua negara pengeluar terbesar kunyit hitam ialah India dan Taiwan.

Pada tahun 2016 kerajaan India mengistiharkan kunyit hitam adalah spesis tanaman terancam dan perlu dikawal bagi mengelakkan kepupusan.

Kunyit hitam digunakan untuk perubatan dan ritual keagamaan di India iaitu perayaan Kali Puja iaitu upacara menggunakan herba, nyanyian berbentuk doa bagi menunjukkan rasa hormat kepada Dewi Hindu Kali.

Manakala halia hitam yang disebut juga kunyit hitam oleh orang kita harganya hanyalah dalam lingkungan RM250 sekilogram. Harganya agak terkawal oleh kerana halia hitam ditanam secara komersial di Thailand, Kemboja dan Vietnam.

Kunyit hitam
Rizom halia hitam.

Oleh itu dengan bekalan kunyit hitam yang semakin berkurangan, mungkin ramai yang sudah beralih kepada halia hitam sebagai bahan mentah alternatif.

Maka tidak hairanlah mungkin ada yang menyamakan halia hitam dengan kunyit hitam dalam promosikan produk keluaran mereka demi melariskan jualan.

Tambahan pula, kedua-duanya telah digunakan secara meluas sejak sekian lama dalam bidang perubatan tradisional dan khasiatnya juga hampir sama.

KUNYIT HITAM | HALIA HITAM – KHASIAT

Kunyit Hitam

Halia hitam yang juga disebut kunyit hitam ini kaya dengan bahan aktif 5,7-dimetoksiflavon yang membantu menghasilkan asid amino, selenium dan antioksidan seperti tanin, antosianin serta bioflavonoid. 

Bahan aktif ini tiada pada halia lain dan sekiranya ada pada makanan atau herba lain, jumlahnya adalah agak kecil. Oleh itu khasiatnya adalah seperti berikut:

1.  Bersifat Anti Radang/Inflamatori

Keradangan biasanya menyebabkan kesakitan dan menjadi penyebab seseorang itu merasa sakit seperti contoh akibat patah tulang atau jangkitan.

Keradangan ini bukan hanya setakat rasa sakit atau tidak selesa seperti deman, ianya boleh menyebabkan keadaan yang lebih serius seperti kanser dan sakit jantung. 

Halia hitam yang juga disebut kunyit hitam berfungsi mengurangkan demam dan sakit akibat keradangan dengan cara mematikan enzim, siklooksigenase (COX), yang diperlukan dalam tindak balas keradangan tubuh seperti mengubah suhu normal badan. Apabila enzim COX dimatikan ianya akan mencegah daripada demam dan lain-lain keradangan lagi.

Kajian juga menunjukkan ekstrak halia hitam | kunyit hitam berkesan untuk menghalang atau merencatkan sebatian yang mencetuskan keradangan yang dikenali sebagai prostaglandin E2.

Selain itu, halia hitam | kunyit hitam juga tinggi antioksidan bagi membantu mengurangkan keradangan secara semula jadi, oleh itu kerbergantungan kepada ubat-ubatan dapat dikurangkan.

2.  Meningkatkan Tenaga & Kecergasan Fizikal

Kunyit Hitam
Polimektoksiflavon yang terdapat dalam halia hitam | kunyit hitam meningkatkan penjanaan tenaga dalam sel dengan cara mengaktifkan protin kinase (AMPK) dalam myoblast atau anak tisu otot.

Kemudian ia akan menjana ATP mitokondria untuk badan mendapatkan tenaga, semakin banyak mitrokondria dijana makan semakin banyaklah badan memperolehi tenaga.

Satu kajian ke atas 60 orang pemain bola sepak mendapati pengambilan ekstrak halia hitam selama 12 minggu boleh meningkatkan kekuatan genggaman tangan pemain-pemain tersebut.

Manakala kajian juga telah dilakukan ke atas para atlet di mana pengambilan makanan bernutrisi boleh mempengaruhi keputusan sesuatu perlawanan dengan mengurangkan kelesuan dan meningkatkan skil taktikal dan fizikal seseorang atlet.

3. Mengedurkan Saluran Darah

Kunyit Hitam
Kajian juga mendapati halia hitam | kunyit hitam tinggi bahan aktif nitrik oksida yang berfungsi sebagai vasidolatasi yang berperanan melonggarkan otot dalam saluran darah.

Apabila ini berlaku, lebih banyak darah dapat mengalir dan seterusnya membekalkannya kepada organ-organ lain di seluruh tubuh.

Pengaliran darah yang lancar ini juga bertindak membuang toksid, kolestrol, menghakis enapan pada saluran darah dan seterusnya melancarkan lagi perjalanannya.

Kesan daripada itu oksigen dapat masuk ke semua bahagian badan termasuk otak. Ianya juga akan memulihkan sistem saraf yang panjangnya dua setengah (2 ½) kali lilitan bumi yang terdapat dalam tubuh manusia dan seterusnya mampu merawat penyakit strok, saraf, jantung dan lain-lain lagi.

4. Kesihatan Otak

Kajian ke atas halia hitam | kunyit hitam mandapati ianya mampu mencegah otak daripada gangguan kerencatan ingatan dan perkembangan sel tumor.

Sifatnya yang tinggi antioksidan membantu melindingi sel otak daripada kerosakan oksidatif radikal bebas.

Semasa kita tidur, ATP bertindak melalui sistem glimfatik yang mengepam cecair daripada saraf tunjang ke otak untuk membersihkan semua toksin metabolik dan meyegarkan otak pada keesokan harinya.

5. Membuang Lemak Perut

Satu kajian yang melibatkan haiwan mendapati halia hitam | kunyit hitam adalah anti-obesiti, ianya boleh menurunkan berat badan dan pengumpulan lemak kepada haiwan yang diuji.

Manakala seramai 76 orang diuji secara klinikal dengan mengamalkan 150 mg ekstrak halia hitam sehari selama 12 minggu. Hasil ujian mendapati berlaku penurunan lemak pada bahagian perut dan trigliserida

Kajian juga mendapati sebatian  polymethoxyflavone yang ada pada halia hitam boleh mengurangkan lemak viseral yang membalut organ dalam perut.

6.  Anti Gastrik Ulser

Kunyit hitam
Halia hitam atau disebut juga kunyit hitam kaya dengan kandungan kalium (125 miligram), fosforus (63mg) dan kalsium tenaga (52 kilokalori) selain protein, karbohidrat, gentian, vitamin C dan niasin.

Bahan-bahan ini sangat diperlukan sebagai ubat gastrik angin oleh tubuh badan bagi membantu menyahkan radikal bebas atau toxid dalam badan dan seterusnya mencegah atau melawan pelbagai penyakit.

Selain itu, ia juga mampu meneutralkan asid dalam perut, merangsang pengeluaran jus penghadaman dan juga membantu memperbaiki otot otot penghadaman yang berfungsi merawat gastrik angin.

Ianya juga mempunyai keupayaan untuk melegakan masalah kekejangan perut dan tidak mempunyai sebarang kesan negatif, serta selamat untuk digunakan.

7 Anti Microbial, Anti Jerawat

Kunyit hitam
Jerawat disebabkan oleh bakteria Propionibacterium acnes dan Staphylococcus aureus.Jerawat menyebabkan keradangan, peningkatan penghasilan sebum dan pertumbuhan berlebihan kelenjar sebum. Halia hitam dilihat boleh menjadi ubat alternatif untuk mencegah dan merawat jerawat.

Hal ini kerana, ekstrak halia hitam boleh mencegah tumbesaran bakteria Propionibacterium acnes dan Staphylococcus aureus, merencatkan tindak balas keradangan dan merencatkan pembentukan lemak di sel-sel sebum.

Kesimpulannya halia hitam yang juga dikenali ramai sebagai kunyit hitam mempunyai nilai perubatan yang sangat tinggi dan telah digunakan sejak zaman dahulu lagi.

Penggunaan teknologi masa kini menyebabkan halia hitam | kunyit hitam boleh diproses dengan menggunakan peralatan yang canggih untuk pelbagai kegunaan termasuk perubatan alternatif.

Ianya boleh diekstrat menjadi pati berbentuk serbuk dalam tiga jenis iaitu 10 nisbah 1, 10 nisbah 5 dan 10 nisbah 10, seperti contoh 10 kilogram halia segar diekstrakkan menjadi 1 kilogram serbuk.

Halia hitam kaya dgn 5,7 dimitoksiflavon, badan memerlukan minima 1.5 peratus bahan aktif ini untuk merawat, melawan dan mencegah pelbagai penyakit.

Kunyit hitam

Ekstrak halia hitam 10 nisbah 1 Volten ini diproses menggunakan teknologi dari Jepun yang terbaik di dunia iaitu ‘Bioteknologi Super Ekstrak’. Ianya menghasilkan 2.26 peratus bahan aktif ini, melebihi apa yang badan perlukan.

Sudah tentu harga ekstrak halia hitam | kunyit hitam mempunyai pelbagai harga berdasarkan kadar nisbah ekstraknya dan yang pasti ekstrak 10 nisbah 1 yang dihasilkan oleh Volten adalah lebih berkualiti dan harganya berpatutan.


Info lanjut tentang produk ekstrak halia hitam atau / kunyit hitam sebagai perubatan alternatif. KLIK DI SINI SEKARANG


 

Kongsi
Scroll To Top