DIABETES MELLITUS, 3.9 JUTA TERJEJAS…

Kongsi
Diabetes Mellitus
Imej Google

DIABETES MELLITUS

Tidak semua yang manis itu enak, kurang manislah makanan ini! Tanpa disedari gaya hidup sebegini telah mendekati kita kepada salah satu punca diabetes mellitus atau kencing manis.

Kandungan gula yang terlalu banyak dalam badan seseorang adalah punca diabetes mellitus dan mengidapi penyakit ini tentunya satu pengalaman pahit dalam hidup seseorang.

Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), melaporkan sekitar 18.3 peratus (anggaran 3.9 juta) dalam kalangan orang dewasa di Malaysia, memerlukan bantuan agar paras gula dalam darah mereka, terkawal akibat diabetes mellitus. 

Diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit kronik yang melemahkan badan dan dalam jangka masa tertentu, ia boleh menyebabkan kerosakan kepada semua tisu tubuh dan mengheret penderitanya perlahan-lahan ke jurang maut.

Ia adalah penyakit seumur hidup yang tidak dapat disembuhkan tetapi ia boleh dikawal dengan menggunakan beberapa kaedah berkesan

DIABETES MELLITUS – POLA MAKANAN

Sudah menjadi trend bagi rakyat Malaysia kini gemar makan di restoran-restoran makanan segera yang kebanyakannya menghidangkan makanan mengandungi lemak yang menyebabkan gemuk.

Mereka yang berbadan gemuk mudah menghidapi penyakit ini dan mungkin tidak ramai yang tahu bahawa diabetes mellitus ini boleh merenggangkan hubungan suami isteri.

Menurut pakar-pakar penyakit ini boleh pula menjejas kemanisan hidup sesebuah rumah tangga.

Seseorang suami yang menghidapi penyakit itu biasanya tidak dapat menerima hakikat bahawa dia mengidap kencing manis.

Pengidap akan sering merasa letih, lemah serta pening kepala dan ini mengurangkan keghairahan dan keinginannya dalam hubungan suami-isteri.

Sikap suami juga akan berubah kepada pemarah, bengis dan sentiasa mencari kesalahan orang.

Dia akan merasa tertekan dan kecewa dengan apa yang sedang dialaminya dan merasakan dirinya membawa masalah kepada seisi keluarga.

Diabetes Mellitus
Diabetes Mellitus dan kemanisan hidup rumah tangga – imej google

DIABETES MELLITUS – TANDA-TANDA

Tanda-tanda mereka yang mengidapi penyakit diabetes mellitus itu ialah sering rasa lapar, kuat makan tetapi berat badan semakin susut, selalu haus, banyak minum dan kerap buang air.

Daya tahan badan juga menjadi lemah, penyembuhan luka yang perlahan dan penglihatan menjadi kabur.

Pengidap diabetes ini juga akan berhadapan dengan masalah kritikal dan kesan daripada penyakit itu.

Ia mudah pula dijangkiti angin ahmar (strok), sakit jantung, gangren (kematian tisu kaki), kataract (mata), jangkitan pada pundi kencing, lemah urat saraf dan kegagalan fungsi buah pinggang.

Kencing manis berlaku kerana kurangnya hormon insulin yang dihasilkan oleh sel yang terdapat dalam pankreas atau horman insulin itu tidak berkesan.

Tugas insulin memasukkan glukos ke dalam sel-sel tisu dan organ-organ tubuh untuk dijadikan bahan pembakar dan seterusnya menghasilkan tenaga badan.

Jika insulin tidak dapat dihasilkan secara normal, maka kadar glukos dalam darah akan bertimbun dan ini akan mengakibatkan diabetes mellitus dan sebahagian glukos akan dikeluarkan bersama air kencing.

Diabetes Mellitus
imej google

DIABETES MELLITUS – CARA MENGAWAL

Kencing manis dapat diatasi asalkan ada usaha mengawalnya dengan ubat, diet dan senaman ringan.

Suami isteri yang menderita diabetes mellitus harus melalui penyesuaian psikologi kerana mereka menghadapi gangguan emosi.

Anggota keluarga memainkan peranan penting meringankan derita yang dialami oleh pengidap penyakit ini.

Seluruh keluarga harus memahami mengenai diabetes mellitus dan turut membantu penghidap penyakit mengawal tekanan serta menentukan kategori makanan yang betul pada setiap waktu, untuk mengelak penghidap daripada menanggung derita berterusan.

Selain mengamalkan pemakanan seimbang dan berjadual, penjagaan kebersihan, pengambilan ubat atau suntikan insulin dan amalan senanam ringan yang teratur juga merupakan kaedah baik untuk mengawal diabetes mellitus.

Si-isteri juga perlu memujuk si-suami supaya mengubah gaya hidup demi kesihatan umpamanya mendorongnya supaya bersenam bagi membantu menghabiskan kalori yang berlebihan dan meningkatkan sensitiviti kepada insulin.

Dengan membawa suami menjalani pemeriksaan doktor mengikut waktu yang ditetapkan, mengukur tahap gula dalam darah akan membantu suami memulihkan semangat untuk terus hidup normal.

Pelbagai jenis penyakit “orang kaya” seperti sakit jantung, tekanan darah tinggi dan diabetes mellitus hanya dapat dihindarkan jika masyarakat kembali kepada pola makanan tradisional dan menghindari makanan-makanan yang terlalu manis dan berlemak tinggi.

DIABETES MELLITUS – RAWATAN ALTERNATIF

Selain itu, penyakit ini sudah lama berada dalam masyarakat kita, mungkin sejak zaman berzaman lagi, cuma namanya sahaja yang berubah mengikut peredaran masa.

Persoalannya bagaimana masyarakat zaman dahulu yang mengidap penyakit yang sama dengan diabetes mellitus ini boleh sembuh atau mencegah daripada berlaku.

Diabetes Mellitus
Ladang halia hitam di utara Thailand yang dipercayai mampu mengawal diabetes milletus

Masa itu bidang perubatan belum lagi sampai ke tahap moden seperti hari ini, jumlah pesakitnya pula tidaklah seramai 3.9 juta orang dewasa yang memerlukan bantuan agar paras gula dalam darah dapat diturunkan seperti mana dilaporkan NHMS.

Senario begini pastinya membimbangkan dan perlu dijadikan iktibar kepada semua lapisan masyarakat bahawasanya sistem ketahanan badan orang kita hari ini agak lemah dalam melawan pelbagai penyakit seperti diabetes mellitus ini.

Satu mekanisme baru harus dicari bagi mengurangkan agka tersebut dengan mengkaji kembali cara hidup dan amalan orang terdahulu dalam kehidupan seharian.

DIABETES MELLITUS – HALIA HITAM

Salah satu amalan orang dulu-dulu ialah menjadikan herba sebagai pemakanan harian sehingga hubungan suami isteri tidak terjejas.

Antaranya ialah menggunakan halia hitam sebagai bahan makanan harian samada dimakan mentah, diguna sebagai masakan atau minuman dan lain-lain lagi.

Masyarakat di utara Thailand memanggilnya ‘Krachai Dum’ yang mendapat jolokan ‘Thai Ginseng’ bagi masyarakat luar negara tersebut kerana ianya diamalkan oleh kebanyakan kaum lelaki untuk menguatkan lagi kekuatan dalaman.

Diabetes Mellitus
‘Krachai Dum’  atau halia hitam yang mendapat jolokan ‘Thai Ginseng’ – imej google

Kajian pakar sains menunjukkan ianya kaya dengan Bioflavonoids dan Methoxyflavones yang mengandungi antioxidan yang tinggi dan tiada pada tumbuhan lain.

Bahan-bahan ini sangat diperlukan oleh tubuh badan bagi membantu menyahkan radikal bebas atau toxid dalam badan dan seterusnya mencegah atau melawan pelbagai penyakit seperti diabetes mellitus.

Amalan pemakanan halia hitam ini akan melancarkan sistem pengaliran darah ke semua saraf dan menyebabkan kadar oksigen dalam tubuh semakin tinggi.

Iannya menyebabkan hormon dan tekanan darah menjadi stabil dan pertumbuhan sel kanser menjadi terencat.

Sistem ketahanan badan menjadi semakin kuat daripada sebarang risiko ancaman pelbagai penyakit lain.

Seterusnya meyebabkan diabetes mellitus atau kencing manis akan dapat dikawal atau dicegah.

Selain itu, tubuh badan akan menjadi kuat, mampu meningkatkan kesihatan tulang dan mencegah risiko ostopeorosis, serta tahap libido iaitu keinginan seksual meningkat.

Diabetes Mellitus
Bioflavonoids dan Methoxyflavone mampu kawal diabetes mellitus

Allah S.W.T akan menurunkan penawar bagi setiap penyakit yang diturunkan antaranya: Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: Maksudnya: “Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan bersamanya penawar”. [Riwayat al-Bukhari (5678)]

MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MENYEMBUH DIABETES MELLITUS  


Info lanjut tentang ekstrak halia hitam dan produk keluaran Volten. KLIK DI SINI SEKARANG


Kongsi
Scroll To Top