BUASIR 30 TAHUN KECUT SELEPAS 7 HARI…

Kongsi

Buasir

Buasir yang dihidapi sudah kira-kira 30 tahun, dalam tempoh tersebut pelbagai usaha dan ikhtiar telah dicuba, tetapi tiada tanda-tanda kesembuhan.

Berulang-alik ke hospital dalam tempoh berkenaan merupakan rutin kehidupan lebih suku abad lamanya.

Malah doktor juga telah melakukan pembedahan mengikat saluran darah buasir bagi megelakkan keadaan semakin teruk.

Kakitangan sebuah syarikat milik kerajaan, A Raham Shah, 54, berkata, beliau amat risaukan penyakit yang dialami.

”Dua kali jalani pengikatan salur darah, kali terakhir pada 2017, doktor nasihatkan jalani pembedahan buang buasir”, katanya dengan nada sayu.

BUASIR – RISIKO KANSER USUS

Setiap kali selepas membuang air besar beliau terpaksa menolak bahagian yang terkeluar, itulah pengalaman perit yang terpaksa dilalui.

Doktor pernah memberi amaran sekiranya ada gejala menunjukkan buang air besar berdarah pihak hospital terpaksa potong buasir tersebut.

”Kadang-kadang mari perasaan takut bila terasa nak membuang air besar, tak sanggup selamanya keadaan begini”, ujarnya dalam kesedihan.

Keadaan menjadi bertambah teruk apabila pulang ke kampung di Alor Setar di mana dia terpaksa menggunakan tandas mengcakung setiap kali membuang air besar.

”Saya pernah membaca artikel berkaitan penyakit ini yang boleh myebabkan kanser usus”, ujar A Raham yang menetap di Bukit Beruntung, Rawang, Selangor.

Beliau sering berdoa agar Allah s.w.t menemukannya dengan penawar agar penderitaan yang dialami sejak sekian lama akan berakhir.

Buasir
Keadaan buasir yang keluar dari dubur

BUASIR – UBATAN MODEN

Ubatan hospital yang dibekalkan oleh hospital atas arahan doktor tidak pernah beliau hentikan sepanjang tempoh 30 tahun itu.

Pemerhatian beliau semenjak mengamalkan ubat-ubatan hospital yang dibekalkan, keadaan buasir yang dihidapi hanya sekadar mampu bertahan bukan betul-betul memulihkan.

Sekiranya tersalah mengambil makanan terutama yang pedas, keadaannya akan menjadi lebih serius sehingga terpaksa mengambil ubat  kelegaan dengan segera yang dibekalkan kepadanya.

Kadang-kadang beliau juga menerima rawatan rawatan menggunakan ubat sklerosis (suntikan pembekuan), penyejukbekuan atau pembekuan yang digabungkan dengan beberapa makanan ringkas dan aturan gaya hidup untuk membantu memulihkan fungsi usus dan melawan sembelit.

Perkara yang paling membimbangkannya ialah apabila terbaca maklumat di internet menyatakan ubat buasir yang dimakan biasanya mengandungi steroid dan mempunyai kesan sampingan.

BUASIR – BONJOLAN URAT SALURAN DARAH

Berdasarkan maklumat inilah, beliau mula mencari rawatan alternatif bagi menyembuhkan penyakit buasir yang ditanggung.

Pelbagai maklumat dicari tentang penyakit itu dan bagaimana ia berlaku. Hasil pembacaannya beliau mendapati penyakit buasir bermula dengan bonjolan urat pada saluran darah yang membesar di sekitar saluran dubur.

Ketumbuhan tersebut boleh menyebabkan berlakunya pendarahan bila seseorang membuang air besar.

Dalam masa yang sama, individu yang dihidapi akan terasa kesakitan dan juga gatal-gatal di bahagian dubur.

Sudah pasti keadaan itu menyebabkan rasa ketidak selesaan untuk menjalani rutin kehidupan seharian, menyebabkan sesetengah individu lebih gemar menyendiri, kata A Raham.

BUASIR – RAWATAN ALTERNATIF

Ketika mencari maklumat cara rawatan tradisional mengubati buasir pula, beliau terjumpa pengalaman seorang pesakit kanser usus tahap tiga yang sembuh setelah beberapa bulan mengamalkan produk daripada ekstrak halia hitam.

Segalanya bermula di sini, apabila beliau mula mengamalkan dua produk berasaskan herba iaitu ekstrak halia hitam 10 nisbah 1 dan cecair formulasi ekstrak halia hitam yang digabungkan dengan madu lebah asli dan ekstrak delima pada 10 Ogos, 2021.

”Malam pertama makan, tidur macam dah selesa, masalah sebu dan kadang-kadang sesak nafas dah tiada”, ujarnya dengan penuh kegembiraan.

Araham menambah, selepas hampir 15 hari mggunakan produk ekstrak halia hitam VR4 dan cecair DR4/VR5 masalah buasir yang dialami menunjukkan petanda positif.

”Kesannya amat pantas, kira-kira 7 hari telah mengecut bengkakan akibat penyakit ini”, katanya lagi.

Buasir
A Raham menceritakan tanda positif yang dialami selepas amalkan halia hitam

BUASIR – PENDARAHAN

Menurut para pakar perubatan, pada peringkat pertama pesakit akan mengalami pendarahan selepas buang air besar.

Pada peringkat kedua pesakit akan mendapati dubur akan keluar selepas episod susah membuang air besar. Walau bagaimanapun dubur akan masuk dengan sendiri selepas ia mengecut.

Di peringkat ketiga, dubur yang keluar selepas membuang air besar didapati tidak mahu masuk ke dalam badan tanpa ditolak dengan jari. Di ketiga-tiga peringkat, pendarahan adalah simptom utama.

Pendarahan yang disebabkan oleh buasir biasanya tidak sakit, darah yang keluar selalunya berlaku selepas membuang air besar yang keras.

Keadaan ini berlaku kepada orang yang kerap mengalami keadaan sembelit atau kesusahan membuang air besar.

Pendarahan berterusan dan dalam jangka masa yang lama (kronik) akan menyebabkan penghidapnya mengalami sindrom kekurangan darah (anemia) dan berasa tidak bermaya dan mudah letih. Muka akan nampak pucat dan tidak menarik.

Jika kesusahan membuang air ini dibiar berterusan tanpa rawatan, keadaan buasir akan bertambah besar dan teruk sehingga menjadi bengkak, sakit, berkudis dan mengalami perdarahan.

BUASIR – KERADANGAN

Buasir
Pokok dan isi halia hitam

Halia hitam kaya dengan bahan aktif 5,7 dimetoksiflavon yang membantu menghasilkan asid amino, selenium dan antioksidan seperti tanin, antosianin serta bioflavonoid yang mampu merawat buasir.

Bahan aktif ini tiada pada halia lain dan sekiranya ada pada makanan atau herba lain, jumlahnya adalah agak kecil.

Ianya tinggi antioksidan bagi membantu mengurangkan keradangan yang biasanya menyebabkan kesakitan dan menjadi penyebab seseorang itu merasa sakit seperti contoh bengkak, berdarah ketika buang air besar dan lain-lain simtom.

Keradangan pada buasir atau usus diredakan dengan cara mematikan enzim, siklooksigenase (COX) yang menjadikan hemorhoid (buasir) membengkak akibat tekanan atau rengangan berlebihan.

Kajian juga menunjukkan ekstrak halia hitam berkesan untuk menghalang atau merencatkan sebatian yang mencetuskan keradangan yang dikenali sebagai prostaglandin E2 yang menyebabkan kerbergantungan kepada ubat-ubatan dapat dikurangkan.

Buasir
Pengalaman seorang pengguna selepas mengamalkan ekstrak halia hitam.

BUASIR – ANTI GASTRIK ULSER

Buasir yang serius juga berpunca dari penyakit radang usus seperti Crohn’s Disease dan Ulcerative Colitis boleh menyebabkan keretakan di bahagian dubur.

Menurut laporan dalam African Journal of Biotechnology keluaran Julai, 2010, mendapati halia hitam bersifat anti gastrik ulser yang juga bertindak mematikan bakteria helicobacter pylori yang mejangkiti usus.

Bakteria ini akan melemahkan lapisan mukus perut dan usus kecil menyebabkan ulser dan usus dalam keadaan tidak sihat yang boleh mengundang penyakit radang usus seperti dinyatakan.

Buasir

Sifat halia hitam itu sendiri, yang merupakan anti radang amat sesuai sebagai ubat buasir yang mampu meredakan keradangan pada usus.

Sifat anti oksidanya juga memainkan peranan penting dalam merawatnya dengan meningkatkan kekebalan tubuh.

Sel imun perlukan protin untuk meningkatkan kekebalan tubuh,  antara makanan yang tinggi protin ialah makanan yang kaya dengan amino asid yang menghasilkan protin yang lebih kecil.

Antara makanan yang tinggi bahan aktif ini ialah halia hitam atau ‘black ginger’, protin yang terdapat dalam ekstrak halia hitam sangat berkesan membantu  sel supaya lebih aktif bagi menjana tenaga.

Kemudian ia akan gunakan gula serta lemak untuk pembentukan sel baharu bagi menghasilkan imun yang dipanggil Sel T yang terbahagi kepada dua iaitu Sel T Pembantu (Helper) CD4+ dan Sel T Pembunuh (Killer) CD8+ serta Sel B yang akan menghasilkan antibodi untuk melawan pelbagai penyakit termasuk buasir.

Sesungguhnya, Allah S.W.T akan menurunkan penawar bagi setiap penyakit yang diturunkan antaranya: Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: Maksudnya: “Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan bersamanya penawar”. [Riwayat al-Bukhari (5678)]


Info lanjut tentang produk ekstrak halia hitam sebagai perubatan alternatif kepada buasir. KLIK DI SINI SEKARANG


 

Kongsi
Scroll To Top