Teh tarik sihat! Manis? Sedap ke rasanya? Itulah persoalan yang sering berlegar di fikiran apabila sebut sahaja teh tarik.
Kemanisan dan rasa tehnya menjadi ukuran, persolan inilah yang sukar dijawab. Teh tarik yang tawar, sudah pasti bibir menjadi kering dan kurang umphhh apabila meneguknya.
Sudah menjadi lumrah, dua atau tiga gelas sehari merupakan suatu kemestian bagi peminat teh tarik di Malaysia.
Sesetengah daripada mereka ada yang merasakan badan mula mengigil dan tidak bermaya apabila tidak dapat keluar minum teh tarik bersama rakan-rakan di luar.
Antara keinginan dan kesihatan, mana satu perlu dipenuhi. Ibarat diluah mati emak, dibuang mati bapa apabila memikirkannya.
TEH TARIK MINUMAN GLOBAL
Masyarakat dunia sebenarnya telah menikmati minuman teh sejak sekian lama, di China sejak 5,000 tahun dahulu lagi.
Malah minum teh juga menjadi adat tradisi bagi semua lapisan umur yang menghadiri majlis-majlis perkahwinan.
Manakala di kawasan pergunungan Tibet pula, masyarakat di situ minum teh mentega iaitu teh hitam yang dimasak bersama susu yak untuk tempoh yang lama dan dicampurkan dengan keju.
Ia juga dikenali sebagai Po Cha, minuman masyarakat di kawasan pergunungan Himalaya seperti di Bhutan, Nepal dan India.
Minuman ini dipercayai sangat bagus untuk menurunkan berat badan, lemak sihat yang ada dalamnya menyebabkan perut menjadi kenyang untuk tempoh yang lama.
Teh berkeju juga tinggi antioksidan, membantu sel daripada rosak dan bersifat anti penuaan. Justeru itu, tubuh akan sentiasa kelihatan muda dan bertenaga samada luaran dan dalaman.

TEH TARIK MANIS
Adakah rasa teh berkeju ini setanding dengan popularitinya? Mungkin peminat teh tarik boleh bayangkan rasa teh yang menjadi kegemaran masyarakat Tibet itu.
Samada sedap atau tidak, hanya mereka yang pernah mencuba tahu akan jawapannya.
Menurut salah seorang pengemar teh, orang ramai inginkan rasa teh dan menikmatinya dengan rasa yang sedap.
Malah berdasarkan satu kajian, rasa yang manis boleh mempengaruhi emosi seseorang sama seperti memakan coklat.
Sebenarnya, teh tarik yang manis tidak membuatkan anda gemuk atau berat badan bertambah. Tenaga daripadanya paling mudah diserap apabila anda melakukan aktiviti harian.
Lebih banyak ianya diambil, maka badan akan menerima lebih banyak tenaga segera yang sedia digunakan pada bila-bila masa.
Malangnya gaya hidup santai yang diamalkan kebanyakan masyarakat hari ini menyebabkan mereka kurang menggunakan tenaga untuk aktiviti fizikal.
TEH TARIK KALORI TINGGI
Tenaga berlebihan daripada teh tarik ini menghasilkan kalori dan disimpan dalam bentuk lemak.
Contoh kiraan mudah untuk sehari, 140 kalori tenaga lebihan yang tidak digunakan bertukar menjadi 20 gram lemak.
Bayangkan dalam sebulan, anda mengumpul 600 gram lemak atau 7.2 kilogram untuk setahun!
Untuk membakar 140 kalori, anda perlu berjoging atau berjalan mendaki bukit selama 20 minit atau senamrobik, berbasikal (40 minit) atau melakukan kerja rumah yang biasa seperti menyapu sampah, membasuh, memasak dan mengemas selama satu jam.
Sudah tentu, lemak yang berlebihan ini mendatangkan pelbagai risiko kepada tubuh seperti masalah obesiti, kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.

TEH TARIK VCAFE PREMIUM BLACK TEA
Percayakah anda, di pasaran hari ini ada menjual teh tarik yang manis yang digemari oleh semua lapisan masyarakat Malaysia.
Rasanya manis dan sedap, tetapi berkalori rendah atau kosong kalorinya kerana menggunakan pemanis nano berteknologi tinggi hasil daripada ekstrak tebu hitam yang sesuai untuk anda.
Pendek kata baunya yang harum semerbak dan rasa manis tanpa gulanya, pasti mengalahkan teh tarik di kedai mamak yang belum tentu terjamin berkhasiat.
Ianya diadun dengan empat ramuan istimewa yang terbukti secara saintifik untuk pengemar teth tarik. Antara ramuannya ialah teh hitam, ekstrak halia hitam, ekstrak kulit manggis, ekstrak inulin dan pemanis nano.
Kami ingin memperkenalkan anda dengan Teh Tarik Vcafe ‘Premium Black Tea’ keluaran Volten International yang sememangnya amat berkhasiat dan telah menjalani pelbagai kajian saintifik.
Salah satu antioksidan yang ditemui dalam teh hitam ialah polifenol. Poifenol terdiri daripada katekin, theaflavin dan thearubigin yang merupakan sumber antioksidan utama dalam teh tarik ini. Bahan-bahan tersebut dapat membantu menjaga kesihatan secara keseluruhan.
Teh hitam mengandungi kafein dan asid amino (L-theanine) yang dapat meningkatkan fokus atau konsentrasi. Ia juga dapat meningkatkan aktiviti alfa pada otak yang menghasilkan kesan relaks dan fokus yang lebih baik apabila mengamalkan teh tarik ini.
Polifenol yang ditemukan dalam teh hitam dapat membantu menjaga usus yang sihat, menggalakan pertumbuhan bakteria yang baik dan menghapuskan pertumbuhan bakteria jahat.
Selain itu, teh hitam juga mengandungi sifat antimikroba yang mampu membunuh bakteria berbahaya dengan membantu memperbaiki lapisan saluran pencernaan.

Kelebihan dan keistimewaan yang ada pada halia hitam dan teh hitam yang merupakan dua bahan utama dalam teh tarik Vcafe Premium Black Tea adalah anugerah alam yang tiada nilainya.
Sesungguhnya, Allah S.W.T akan menurunkan penawar bagi setiap penyakit yang diturunkan antaranya: Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: Maksudnya: “Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan bersamanya penawar”. [Riwayat al-Bukhari (5678)]
Info lanjut tentang produk teh tarik. KLIK DI SINI SEKARANG