UBAT GOUT 1,000 TAHUN…KAKI DALAM PERANGKAP…

Kongsi
Halia Hitam Gout
Jari kaki yang meradang akibat gout. Mampukah ia hilang? Imej Google

Sendi pada ibu jari kaki warna kemerahan dan mula membengkak, dalam hati berkata aku kena cari ubat gout ni.

Hendak pergi ke klinik atau farmasi sendiri, kaki mula berdenyut dan makin membesar, pakai kasut atau selipar memang sah tak muat.

“Tak kan nak pergi berkaki ayam, jalan pula terhenyut-henyut apatah lagi nak tekan padel minyak dan brake untuk bawa kereta”, ujar hati lagi.

Ketika itu mengharapkan seseorang yang boleh membantu membawa ke klinik dan seterusnya mendapatkan rawatan daripada doktor.

Lantas tangan mencapai telefon, jari mula menaip ubat gout di Google, terjumpalah pelbagai laman ubat gout seperti yang anda sedang baca sekarang.

UBAT GOUT – REDA KESAKITAN

Kebiasaannya doktor akan merawat pesakit gout dengan memberi suntikan ubat gout yang berupa anti radang iaitu meredakan kesakitan yang berlaku pada sendi seperti ibu jari kaki, pergelangan tangan, siku dan lain-lain lagi.

Selain itu ubat makan jenis steroid diberikan bagi mengurangkan keradangan yang mengambil masa 24 jam untuk bertindak.

Seharusnya ubat gout jenis ini perlu mendapat kelulusan doktor kerana kemungkinan terdapat kesan sampingan steroid yang diambil.

Ubatan kimia yang mengandungi dadah seperti Aceclofenac, Ibuprofen Dicycloverine, Diclofena dan lain lagi yang dijadikan sebagai ubat gout perlu pemantauan doktor dalam jangka panjang bagi megelakkan kesan yang tidak diingini.

Oleh itu anda perlu sentiasa berhati-hati agar ubat gout yang membantu memberikan kelegaan dari keradangan dan kesakitan sendi tajam tidak memudaratkan tubuh.

Halia Hitam Gout
Hablur asid urik berkumpul pada sendi jari kaki. Imej google.

UBAT GOUT – KAKI DALAM PERANGKAP

Penyakit Gout ialah salah satu bentuk artritis yang berpunca daripada pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki.

Istilah ‘gout’ berasal daripada perkataan bahasa Latin, ‘gutta’ yang bermakna ‘setitis’, disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout berpunca daripada titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat. 

Masyarakat zaman dahulu memanggilnya ‘penyakit raja’, ‘penyakit bangsawan’ dan ‘penyakit orang kaya’ kerana ia bersangkut-paut dengan makanan mewah mereka di mana masyarakat biasa sukar untuk menikmatinya.

Penyakit ini telah dikenal pasti sejak zaman doktor Yunani kuno Hippocrates pada abad ke-5 SM. Namanya diterjemahkan dari bahasa Yunani bermaksud “kaki dalam perangkap”.

Ianya digambarkan sedemikian kerana ada sesetengah pesakit ketika datang menerima rawatan dan mengambil ubat gout berjalan dalam keadaan sebelah kaki memakai kasut manakala sebelah lagi berselipar.

Bahkan ada yang kedua-dua belah kaki melekat pada kadbod kerana tidak boleh memakai kasut untuk berjalan akibat kesakitan yang serius.

Halia Hitam Hippocrates
Hippocrates digambarkan menolak pemberian pesakitnya daripada golongan bangsawan. Imej Google.

UBAT GOUT – RAMUAN SEMULA JADI

Gout dikaitkan dengan metabolisme yang mana sistem imuniti badan pada tahap rendah dan tidak mampu melawan keradangan pada sendi-sendi jari kaki.  

Satu kajian yang diterbitkan dalam ‘Annals of Biological Research’ pada 2011 mendapati halia bertindak sebagai anti-radang dan mengurangkan gejala gout pada tikus dan juga ubat menghancurkan urik asid yang disebut indomethacin.

Ianya disusuli pula dengan artikel yang diterbitkan dalam ‘Journal of Nutrition Pakistan’, kajian klinikal ubat gout menggunakan campuran herba termasuk halia mempunyai kesan anti-radang apabila diberikan kepada orang yang mengalami gout.

Pada April 2013, satu ulasan artikel yang diterbitkan dalam ‘Jurnal Antarabangsa Perubatan Pencegahan’ mengenai bahan anti-radang yang ada pada halia termasuk gingerol dan shogaol yang mampu dijadikan ubat gout.

Kajian ini bertujuan mencari persamaan dengan ubat gout moden yang digunakan bagi membantu meredakan keradangan dan mengurangkan gejala akibat gout.

Halia Hitam Ubat Gout
Halia hitam yang dikeringkan untuk dijadikan minuman ubat gout. Imej Google

UBAT GOUT – HALIA HITAM

Salah satu herba yang dijadikan ubat gout adalah halia hitam yang tumbuh liar di Asia Tenggara terutamanya di kawasan pergunungan di Thailand dan Kemboja.

Secara saintifiknya halia hitam juga dikenali sebagai Kaempferia parviflora dari keluarga Zingiberaceae iaitu sejenis herbal tradisional yang diamalkan oleh masyarakat zaman dahulu untuk merawat dan mencegah pelbagai penyakit termasuk sebagai ubat gout.

Isinya dihiris dan dijemur kering sejak lebih 1,000 tahun dahulu untuk dijadikan teh, sebagai minuman untuk merawat dan mencegah pelbagai penyakit termasuk ubat gout tanpa kesan sampingan.

Halia Hitam Ubat Gout
Ekstrak halia hitam yang berpontensi sebagai anti-radang dalam merawat gout.

Ianya kaya dengan Bioflavonoids dan Methoxyflavones (5,7), yang  hanya ada pada halia hitam dan berfungsi meningkatkan sistem imun  badan sebagaimana kekurangan metabolisme badan yang menyebabkan berlaku keradangan pada sendi akibat gout.

Selain itu ianya kaya dengan asid amino, selenium dan antioksidan seperti tanin, antosianin dan bioflavonoid bagi membantu menyahkan radikal bebas atau toxid dalam badan serta asid urik.

Ia akan melonggarkan otot dalaman saluran darah  bagi melancarkan peredaran darah  dan seterusnya  meningkatkan metabolisme badan sebagai sala satu ciri ubat gout.

Selain itu sifatnya yang panas akan menyebabkan badan menjadi hangat dan boleh mencairkan asid urik serta menghancurkan hablur kristal pada sendi.

Satu lagi komponen aktif dalam halia hitam adalah gingerol, yang dapat membantu mengurangkan pengeluaran enzim yang menyebabkan keradangan.

Gingerol seperti capsaicin boleh membantu dalam mencegah penghantaran isyarat ke otak yang menyebabkan kesakitan.

Halia hitam juga diperkaya dengan kandungan sebatian kimia yang dipanggil 6-shogaol. Bahan ini dapat mengurangkan keradangan yang disebabkan oleh hablur asid urik sebagaimana tindakan yang dilakukan oleh ubat gout moden.

Halia Hitam Ubat Gout
Super Biaflavonoid berkesan meningkatkan metabolisme badan yang merupakan salah satu ciri rawatan gout.

UBAT GOUT – KEKUATAN DUA KALI GANDA

Perkembangan teknologi masa kini, membolehkan halia hitam diekstrak menjadi pati serbuk yang digunakan dalam perubatan alternatif khususnya boleh bertindak sebagai ubat gout.

Ekstrak halia hitam Volten International merupakan ekstrak berkualiti tinggi, diproses menggunakan teknologi canggih untuk menghasilkan ekstrak 10 nisbah 1 yang kekuatannya lebih dua kali ganda daripada ekstrak biasa yang ada di pasaran.

Bahan aktif 5,7 dimetoksiiflavon yang dihasilkan daripada bioteknologi pengekstratan dan penulenan pekat ini ialah 2.26 peratus, melebihi yang diperlukan badan iaitu sebanyak 1.26 peratus untuk melawan, merawat dan mencegah pelbagai penyakit termasuk sebarang virus.

Kajian para saintis mendapati ekstrak halia hitam sangat berkesan membantu sel bagi menjana tenaga dan menguatkan imuniti tubuh yang merupakan salah stu ciri yang perlu ada pada ubat gout.

Bila sel itu aktif ia akan gunakan gula serta lemak untuk pembentukan sel baharu bagi melawan pelbagai penyakit termasuk meneutralkan asid urik yang terkumpul dalam badan bagi mengelakkan berlakunya serangan gout.

Halia Hitam Ubat Gout
Kandungan bahan aktif dua kali lebih kuat bagi menjana sel imun badan.

Sesungguhnya, Allah S.W.T akan menurunkan penawar bagi setiap penyakit yang diturunkan antaranya: Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: Maksudnya: “Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan bersamanya penawar”. [Riwayat al-Bukhari (5678)]


Info lanjut tentang produk ekstrak halia hitam berperanan sebagai ubat gout. KLIK DI SINI SEKARANG


 

 

Kongsi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll To Top