
’Gagah, Besar dan Perkasa. Sekali Kena, Mesti Nak Lagi’, itulah slogan yang sering kita baca pada iklan ubat kuat lelaki bagi menarik orang ramai membelinya.
Malah pengertian maksud yang sama sering kita lihat terpapar pada iklan-iklan ubat kuat lelaki di media-media sosial tanpa segan-silu.
Gambaran yang ingin disampaikan seolah-olah hubungan kelamin bukan lagi rahsia suami isteri, sebaliknya menjadi lambang kebanggaan kekuatan atau kuasa si lelaki.
Persoalannya apakah ubat kuat lelaki yang diklankan itu mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan selamat untuk digunakan?
Bagaimana pula dengan kandungan racun di dalamnya, adakah ianya bebas daripada unsur-unsur tersebut dan mendapat kelulusan daripada Pusat Racun Negara (PRN).
UBAT KUAT LELAKI – RAMAI TERJEBAK
Ramai lelaki termasuk intelektual dan ada juga penuntut universiti sanggup berbelanja bagi memastikan kekuatan tenaga batin hasil daripada iklan ubat kuat lelaki berkenaan.
Mereka sanggup keluarkan duit untuk beli produk yang diklankan biarpun ada sesetengah produk yang berisiko menjejaskan kesihatan demi kerana kemaruk.
Menurut Pakar Perubatan Sakit Tuan, Dr Ismail Tambi, mengakui sikap kemaruk itu bukan saja dihidapi mereka sudah berusia yang lebih sinonim dengan masalah mati pucuk.
Ianya amat membimbangkan lagi apabila ia turut membabitkan lelaki muda, termasuk remaja.
Produk ubat kuat lelaki ini pula ada yang bukannya buatan tempatan, sebaliknya dibawa masuk dari negara jiran. Produk diharamkan di Indonesia, China dan India ini turut mendapat sambutan hangat di pasaran tempatan.
UBAT KUAT – LELAKI DITEMUI MATI DI HOTEL
Negara beberapa tahun lepas dikejutkan dengan tajuk berita ‘Rakyat Malaysia Mati Dipercayai Terlebih Ambil Ubat Kuat’.
Kejadian malang itu berlaku pada awal tahun 2012, di Jakarta, Indonesia. Menurut kenyataan polis lelaki berusia 56 tahun itu ditemui mati di sebuah bilik hotel.
Pihak polis percaya lelaki berkenaan meninggal akibat terlebih mengambil ubat kuat lelaki (perangsang seks).
Kisah ini adalah antara kes kematian yang dilaporkan, bagaimana pula dengan kes anak muda usia 30-an meninggal secara mendadak.
Ramai beranggapan kematian itu kerana serangan jantung, pihak keluarga pula enggan melaporkan apatah lagi membenarkan pihak berkuasa melakukan bedah siasat.

UBAT KUAT LELAKI – SLIDENAFIL, TADALAFIL & VERDDANAFIL
Menurut sumber KKM rata-rata ubat kuat lelaki yang berleluasa dijual di pasaran bercampur dengan bahan-bahan racun seperti sildenafil, tadalafil dan verddanafil yang merupakan bahan aktif perangsang seks lelaki.
Sildenafil, tadalafil dan verdanafil adalah ubat yang digunakan untuk rawatan “erectile dysfunction” yang hanya boleh diberikan kepada pesakit oleh doktor atau ahli farmasi berlesen dengan preskripsi dari seorang doktor.
Ketiga-tiga bahan ini mengandungi bahan kimia Phosphodiesterase-5 (PDE5) iaitu perencat yang keupayaan untuk meningkatkan prestasi seksual dengan meningkatkan aliran darah ke zakar dan merangsang fungsi dopaminergik dalam hipotalamus seterusnya menjadikan ereksi lebih kuat dan tahan lama.
Kesan sampingan ubat kuat lelaki itu adalah sangat merbahaya kepada pesakit jika diambil tanpa pengawasan doktor.
Antara kemudaratan ubat itu ialah serangan jantung, strok, pendarahan otak,peningkatan tekanan darah, kehilangan pendengaran dan kehilangan penglihatan yang kadangkalanya adalah kekal.
UBAT KUAT LELAKI – KAJIAN HERBA SEMULAJADI
Satu kajian oleh Dr Richard A. Stein, yang diterbitkan dalam Journal of Integrated Medicine pada 2018 mendapati ekstrak Kaempferia parviflora (halia hitam) berupaya meningkatkan ereksi zakar dan kesihatan seksual yang lebih baik.
Kaempferia parviflora adalah tumbuhan yang berasal dari Malaysia, Sumatera dan Thailand yang secara tradisional digunakan untuk hipertensi dan lain-lain, termasuk peningkatan seksual sebagai ubat kuat lelaki.
Satu ujian telah dilakukan ke atas 13 lelaki sihat berusia antara 50 hingga 68 tahun yang diberi makan 100 miligram sehari ekstrak halia hitam berkualiti selama 30 hari.
Hasil kajian mendapati kepuasan hubungan intim meningkat dengan ketara dan selamat untuk digunakan sebagai ubat kuat lelaki berdasarkan pemeriksaan fizikl dan ujian darah.
Dr. Stein menyimpulkan penemuan ini memberi satu harapan yang baik dan seterusnya mendorong ujian yang lebih besar untuk meneroka potensi ekstrak Kaempferia parviflora untuk meningkatkan kehidupan seks lelaki.

UBAT KUAT LELAKI – LEBIH BAIK DARI VIAGRA
Sebagaimanan dinyatakan sebelum ini, ubat kuat lelaki yang sedia ada, seperti Viagra, Cialis dan Levitra mengandungi bahan kimia Phosphodiesterase-5 (PDE5).
Ianya merupakan perencat sintentik bertujuan meningkatkan prestasi seksual dengan meningkatkan aliran darah ke zakar sebagai ubat kuat lelaki yang berkemungkinan mempunyai kesan sampingan atau mungkin tidak berkesan pada sesetengah individu.
Antara kesan sampingan yang dihidapi oleh pengguna Viagra, Cialis dan Levitra ialah sakit kepala yang teruk (migrain disebabkan oleh vasodilatasi kulit kepala), kesesakan hidung, pening, dan ereksi yang tidak normal pada zakar.
Kesan sebegini tidak berlaku pada ekstrak halia hitam kerana ia kaya dengan 5,7 methoxyflavones, kandungan bahan aktif yang terdapat di dalamnya ialah sebanyak 2.26 peratus yang mana melebihi kadar minima yang diperlukan oleh tubuh iaitu 1.26 peratus.
Secara klinikalnya bahan aktif ini disahkan sebagai perencat PDE-5 semulajadi, serupa dengan mekanisme tindakan pada ubat kuat lelaki Viagra yang boleh meningkatkan tenaga, mempercepatkan peredaran darah manusia secara normal.
UBAT KUAT LELAKI – LEBARKAN SALURAN DARAH

Selain itu, halia hitam pula telah diamalkan lebih daripada 1,000 tahun dahulu sebagai ubat kuat lelaki di Asia Tenggara dan mempunyai sejarahnya yang tersendiri dalam perubatan tradisional.
Rizom atau akar halia hitam kaya dengan vitamin B1, C dan A berfungsi lebih baik kepada organ pembiakan iaitu gonad dan organ-organ pelvis yang menerima peredaran darah dengan lebih lancar.
Zink, yang merupakan sebahagian daripada akar halia, adalah pemangkin yang kuat dalam pengeluaran testosteron yang berkesan sebagai ubat kuat lelaki.
Bersifat bakteria, mikrob pertempuran halia, dan sangat berguna dalam kes-kes di mana berlakunya mati pucuk didahului dengan proses keradangan, penyakit akut atau kronik sistem genitourinary.
Berdasarkan kajiselidik yang dilakukan oleh Universiti Perubatan dan Farmasi Toyama, Jepun, halia membantu melebarkan saluran darah, sehingga meningkatkan ereksi. Bahan aktif utama akar halia adalah gingerol, shogaol dan zingibern terbukti mampu merangsang saluran darah.
UBAT KUAT LELAKI – NITRIK OKSIDA

Laporan dalam jurnal perubatan yang dikeluarkan 2007 mendapati halia hitam tinggi bahan aktif nitrik oksida yang berfungsi sebagai vasidolatasi yang berperanan melonggarkan otot dalam saluran darah.
Apabila ini berlaku, lebih banyak darah dapat mengalir dan seterusnya membekalkannya kepada organ-organ lain di seluruh tubuh sebagaimana ubat kuat lelaki berfungsi.
Pengaliran darah yang lancar ini juga bertindak menghakis enapan pada saluran darah dan seterusnya melancarkan lagi perjalanannya seterusnya meningkatkan ereksi zakar.
Kesan daripada itu oksigen dapat masuk ke semua bahagian badan termasuk otak. Ianya juga akan memulihkan sistem saraf yang panjangnya dua setengah (2 ½) kali lilitan bumi yang terdapat dalam tubuh manusia dan seterusnya meningkatkan kesihatan seksual.
UBAT KUAT LELAKI BERUMUR

Malah satu kajian di Thailand pada 2012 mendapati ekstrak halia hitam (Kaempferia parviflora) memberi tindak balas ereksi yang lebih baik pada lelaki yang lebih tua.
Selain itu halia hitam kaya dengan vitamin B, beberapa asid amino, minyak pati, dan juga kalsium, besi, fosforus, zink, aluminium, magnesium dan unsur-unsur surih yang lain.
Kefungsian seksual adalah kategori kesihatan paling berharga bagi setiap lelaki, jadi penggunaan halia sebagai sejenis “perangsang seksual” diamalkan secara meluas dalam ubat kuat lelaki alternatif.
Pengamalan halia hitam secara berterusan akan meningkatkan libido atau keinginan dan prestasi seksual.
Ia menambah keghairahan ubat kuat lelaki dan hubungan suami-isteri bertambah intim yang merupakan kunci utama kemanisan hidup sesebuah rumah tangga.
Allah S.W.T akan menurunkan penawar bagi setiap penyakit yang diturunkan antaranya: Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: Maksudnya: “Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan bersamanya penawar”. [Riwayat al-Bukhari (5678)]
Info lanjut tentang ubat kuat lelaki lulus KKM. KLIK DI SINI SEKARANG
Nak order 1 botol
Mahu order sebotol
Terima kasih
Nak tahu lebih lanjut…