VAKSIN COVID-19, TAKUTKAN MRNA LEBIH 10,000 ‘LARI’…

Kongsi
Vaksin Covid-19
Seorang warga emas menerima suntikan vaksin COVID-19

Negara digemparkan dengan laporan berita lebih 10,000 individu yang mendaftar sebagai penerima vaksin di negeri Kelantan tidak hadir janji temu untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 fasa kedua.  

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Hussin berkata pelbagai alasan diberi, antaranya nak tukar tarikh, demam, nak bernikahlah dan lali-lain lagi.

Itu kejadian yang berlaku di Kelantan, tidak termasuk di Pusat-pusat Pemberian Vaksin (PPV) negeri-negeri lain.

Sebelum itu, pelbagai reaksi daripada netizen kedengaran di media-media sosial apabila kerajaan mula membawa masuk vaksin COVID-19 pada akhir Februari lepas.

Macam-macam cerita dijaja pasal vaksin COVID-19 ini, tidak kurang juga yang mengatakan vaksin ini mengandungi racun yang boleh menyebabkan kematian.

Cerita ini begitu cepat tersebar sehinggalah ada yang tidak hadir pada tarikh janji temu imunisasi covid yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Begitu hebatnya cerita-cerita negatif yang dikongsi sehinggakan ada segelintir individu membuat keputusan memulaukannya gara-gara tidak memahami apa itu vaksin COVID-19.

Lantaran itu, kerajaan memberi peluang kepada orang ramai yang rela menerima vaksin supaya hadir ke PPV bagi mengelakkan pembaziran.

Vaksin Covid-19
Vaksin COVID-19 sedia untuk di suntik di Pusat Pemberi Vaksin (PPV)

VAKSIN COVID-19 – CARA JANGKITAN

Tindakan sebegini bukan saja menyusahkan diri sendiri, malah juga masyarakat di sekeliling. Bayangkan individu yang enggan divaksin itu positif dan bebas bergerak ke sana-sini dalam komuniti.

Virus yang ada pada tubuh seseorang boleh berjangkit dengan tiga cara iaitu:  

1. Melalui sentuhan secara langsung seperti sentuhan badan dan tangan seperti mencium tangan apabila bersalam.

2. Melalui cecair yang mengandungi virus, datang dari titisan akibat bersin atau batuk yang boleh merebak dalam radius sehingga 1.5 meter.

3. Melalui udara iaitu air liur yang sangat kecil tidak boleh nampak dengan mata kasar apabila kita bercakap atau bersin boleh terbang 10-20 meter untuk tempuh beberapa jam.

Virus itu kebiasaannya memasuki saluran pernafasan melalui sentuhan pada rongga hidung, mulut, mata dan di sinilah ianya bermula.

Sekiranya individu berkenaan masih belum menerima suntikan vaksin COVID-19, besar kemungkinan dia akan berhadapan dengan risiko yang lebih besar.

VAKSIN COVID-19 – SALURAN PERNAFASAN

Menurut Pakar Perubatan Am salah sebuah hosptal swasta, Dr Mohd Ramzdhan Mohd Masdar, jika seseorang memiliki daya tahan imuniti yang baik selepas menerima vaksin COVID-19, virus boleh disingkirkan dengan antibodi yang dihasilkan oleh badan.  Namun bagi mereka yang tiada antibodi, 2 daripada 10 kes akan mengalami gejala yang lebih parah.

Vaksin Covid-19
Gambar x-ray paru-paru salah seorang mangsa jangkitan COVID-19 – gambar google

Ianya mula menjangkiti saluran penafasan, sekiranya virus ini hanya menjangkiti saluran pernafasan di bahagian atas, ia hanya akan menyebabkan gejala ringan seperti batuk, sakit tekak serta demam atau mungkin juga tidak menunjukkan apa-apa gejala. 

Akan tetapi, sekiranya ianya menjejaskan saluran pernafasan di bahagian bawah iaitu paru-paru termasuklah bronkiole, gejala yang lebih serius seperti sesak nafas akan berlaku kepada individu terbabit.

Hasil tindakbalas tubuh terhadap virus akan mengeluarkan pelbagai sel sehingga menyebabkan radang, ini adalah tindak balas biasa, kata Mohd Ramzdhan yang berkelulusan dari Crimea State Medical University, Ukraine.

VAKSIN COVID-19 – PARU-PARU BERAIR

Sekiranya ini berlaku pada paru-paru, laluan pernafasan akan mula mengembang dan dipenuhi dengan air.

Keadaan ini dipanggil Pneumonia yang mengganggu proses pertukaran oksigen dan karbon dioksida.

Mohd Ramzdhan yang berpengalama selama 11 tahun berkata, ia boleh menyebabkan acute respiratory distress syndrome (ARDS) iaitu sukar untuk bernafas dan memerlukan rawatan khas di unit rawatan rapi hospital.

Sebagaimana diketahui, sel bergantung kepada oksigen untuk terus hidup. Kesan daripada keadaan ini akan membantutkan saluran oksigen ke dalam seluruh organ dalam badan.

Sekiranya masalah ini tidak ditangani, satu per satu organ dalam tubuh badan akan tidak berfungsi dan seterusnya membawa maut. Senario inilah yang sebenarnya mengundang kepada kematian.

Jadi jelas di sini vaksin COVID-19 memainkan peranan penting dalam melawan corona virus ini, sekiranya ketahanan badan tidak kuat, organ dalaman badan berisiko tinggi diserang virus ini.

VAKSIN COVID-19 – AIR NYIOR

Apabila vaksin COVID-19 mula dibawa masuk, ramai yang mula berbicara tentangnya. Ramai yang memberi pelbagai pandangan dan cadangan ke arah melawan corona virus ini.

Ada yang megesyorkan amalkan minum air kelapa, lemon, herba, rempah-ratus dan lain-lain lagi. Hakikatnya pandangan dan pengesyoran yang diberi tidak lain dan tidak bukan adalah untuk ketahanan badan semata-mata sebagai pendinding sama seperti vaksin COVID-19.

 

Ramai yang memandang remeh dan tidak kurang juga yang mengutuk akan cadangan yang diberi, malah ada yang seolah-olah tidak percaya ‘air nyior’ boleh bertindak sama seperti vaksin COVID-19.

Hakikatnya, tidak siapa pun berani tampil dengan hujah-hujah, betul atau tidak ‘ayaq nyior’ mampu berbuat demikian.

Mereka yang memberi pandangan mungkin ada asasnya juga, mungkin mereka bersandarkan kehidupan masyarakat 1,000-2,000 tahun dahulu.

Bagaimana mereka boleh hidup dalam keadaan sihat? Apa yang mereka lakukan apabila dihidapi penyakit? Adakah berserah semata-mata tanpa ikhtiar sementara menunggu mati?

APA ITU VAKSIN COVID-19

Vaksin Covid-19
Vaksin COVID-19 untuk kekebalan tubuh – gambar google

Para saintis bersependapat buat masa ini masih belum ada ubat khusus untuk COVID-19. Oleh itu langkah terbaik adalah mencari satu solusi bagaimana untuk melawan virus dengan menghasilkan vaksin COVID-19.

Vaksin COVID-19 adalah produk biologi yang berisi antigen berupa mikroorganisme atau zat yang telah diolah dengan baik dan apabila disuntik kepada seseorang akan memberi kekebalan spesifik secara aktif terhadap penyakit tertentu.

Vaksinasi pula adalah proses membuatkan tubuh seseorang  menjadi kebal atau terlindungi dari suatu penyakit.

Vaksin COVID-19 apabila disuntik akan mendorong pembentukan kekebalan tubuh untuk menghindar virus itu semakin merebak ataupun kemungkinan mengalami sakit yang berat.

Vaksin akan melawan penyakit tertentu yang sedia ada pada tubuh seseorang. Ianya tidak hanya bertujuan untuk memutus rantaian penularan penyakit, tetapi juga dalam jangka panjang sebagai imunisasi badan dan menghilangkan penyakit itu sendiri.

Oleh itu, apabila seseorang tidak menerima suntikan vaksin COVID-19, maka ia tidak akan memiliki kekebalan spesifik terhadap corona virus.

VAKSIN COVID-19 – RANGSANG IMUN

Menurut Ketua Pegawai Nutrisi Volten International, Janie Tham, vaksin COVID-19 ini bukan untuk mengubati jangkitan, ia lebih kepada rangsangan protin dalam bentuk mRNA yang bertindak mirip kepada bakteria yang merangsang imun tubuh untuk melawan COVID-19.

Vaksin COVID-19
Ketua Pegawai Nutrisi Volten International, Janie Tham.

Kandungan utamanya ialah mRNA, lipid atau lemak dan juga pelarut garam yang juga dipanggil kalium potasium.

Suntikan berasaskan mRNA ini dalam bentuk protin kecil menghantar mesej melalui lemak merentasi mebran sel dan seterusnya merangsang imun untuk bertindak.

Sel tadi akan mengeluarkan imun yang dipanggil Sel T yang terbahagi kepada dua iaitu Sel T Pembantu (Helper) CD4+ dan Sel T Pembunuh (Killer) CD8+ serta Sel B yang akan menghasilkan antibodi untuk melawan virus COVID-19.

Walaupun sudah menerima suntikan vaksin COVID-19, tidak bermakna individu itu tidak terdedah kepada jangkitan lagi, tubuh kita adalah doktor terbaik.

Caranya ialah dengan mengekalkan sistem ketahanan badan secara semulajadi melalui makanan berkhasiat yang ada di sekeliling kita, tambah Janie lagi.

Halia hitam Vaksin COVID-19
Antara diet harian yang kaya dengan asid amino mampu meningkatkan imun tubuh seperti vaksin COVID-19

VAKSIN COVID-19 – KEKAL IMUN SEMULAJADI

Sebagaimana dinyatakan sebelum ini bagaimana vaksin COVID-19 bertindak, sel imun dalam tubuh perlukan protin untuk meningkatkan kekebalan tubuh.

Antara makanan yang tinggi protin ialah makanan yang kaya dengan amino asid yang menghasilkan protin yang lebih kecil.

Vaksin COVID-19
Salah satu fungsi ekstrak halia hitam adalah melancarkan peredaran darah sama seperti vakdin COVID-19

’Esential’ Amino Asid atau Amino Asid Perlu tidak boleh dihasilkan secara semulajadi oleh badan, ianya perlu diambil melalui diet makanan seharian.

Antara makanan yang tinggi bahan aktif ini ialah halia hitam atau ‘black ginger’, secara saintifik dipanggil Kaempferia parviflora.

Selain kaya dengan asid amino halia hitam ini juga kaya dengan 5,7 dimetoksiiflavon, selenium dan antioksidan seperti tanin, antosianin dan bioflavonoid.

Salah satu manfaatnya ialah berfungsi  secara semulajadi dengan melonggarkan otot dalaman saluran darah  bagi melancarkan peredaran darah dan seterusnya  meningkatkan oksigen di dalam tubuh sebagaimana yang dilakukan oleh vaksin COVID-19.

Simptom kekurangan oksigen dalam badan merupakan tahap paling kritikal bagi mereka yang diserang covid-19. Apabila keadaan semakin tenat individu terbabit memerlukan bantuan penafasan oksigen dan perlu berada di unit rawatan rapi.

VAKSIN COVID-19 – KEKUATAN DUA KALI GANDA

Vaksin COVID-19
andungan bahan aktif ekstrak halia hitam dua kali lebih kuat untuk imun badan.

Menurut Janie lagi, kajian para saintis mendapati ekstrak halia hitam sangat berkesan membantu sel bagi menjana tenaga dan menguatkan imuniti tubuh.

Bila sel itu aktif ia akan gunakan gula serta lemak untuk pembentukan sel baharu bagi melawaan virus sama seperti vaksin COVID-19.

Ekstrak halia hitam volten international merupakan ekstrak berkualiti tinggi, ianya diproses menggunakan teknologi canggih untuk menghasilkan ekstrak 10 nisbah 1 yang kekuatannya lebih dua kali ganda daripada ekstrak biasa yang ada di pasaran.

Bahan aktif 5,7 dimetoksiiflavon yang dihasilkan daripada bioteknologi pengekstratan dan penulenan pekat ini ialah 2.26 peratus, melebihi yang diperlukan badan iaitu sebanyak 1.26 peratus untuk melawan, merawat dan mencegah pelbagai penyakit termasuk sebarang virus.

Kesinambungan vaksin COVID-19 seolah-olah lebih lengkap dengan nutrisi yang dibekalkan oleh ekstrak halia hitam agar tubuh tetap imun secara semulajadi dalam berhadapan dengan pelbagai kemungkinan yang berlaku, ujar Janie yang berkelulusan bidang Sains Pemakanan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sesungguhnya, Allah S.W.T akan menurunkan penawar bagi setiap penyakit yang diturunkan antaranya: Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: Maksudnya: “Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan bersamanya penawar”. [Riwayat al-Bukhari (5678)]


Info lanjut tentang produk ekstrak halia hitam berperanan ke arah kesinambungan vaksin COVID-19. KLIK DI SINI SEKARANG


 

Kongsi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll To Top